Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 8, 2010

Amaran Pemuda PAS Kepada TV3



Dato' Seri Ahmad Farid bin Ridzuan
Ketua Pegawai Eksekutif
Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd.

Dato' Seri ,

PERINGATAN AGAR TIDAK MENGULANGI KESILAPAN DAN MENJAGA SENSITIVITI UMAT ISLAM

Perkara di atas adalah dirujuk.

1. Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang telah menarik balik iklan Aidil Fitri pada hari ini setelah mendapat bantahan ramai. Maklumat dan pandangan orang ramai membuktikan kepekaan umat Islam terhadap sesuatu isu khususnya yang dimainkan di media-media.

2. Sebagai makluman, Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas, Hindu dan Buddha (beca terbang, teratai dan Pelita). Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiviti ummat Islam terutama apabila ia berlaku di dalam bulan Ramadhan yang berkat ini.

3. Iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk daripada masyarakat khususnya umat Islam. DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam. TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak.

4. DPP Pusat meminta pihak berwajib atau pihak yangg berauthoriti seperti JAKIM, FINAS dan Kementerian Penerangan agar dapat meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak melanggar batas syariah seperti yang berlaku sebelum ini.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah,

HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

No comments:

Post a Comment