Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 19, 2010

Bunuh Diri Atau Diri Di Bunuh...???

Sarina Jaafar mati sebab dia tahu sesuatu yang umum tidak tahu..?? - TK

Mengikut Kata Penulis : Notan

Kes pembunuhan Dato Sosilawati dan tiga yang lain nampaknya dikembangkan lagi oleh kematian rakan karib arwah,Sarina Jaafar yang dilapurkan TERGANTUNG DI DALAM BILIK TIDURNYA.

Ada kes bunuh dan bunuh diri seperti kes mantan ADUN dan pembantu peribadinya dulu.Tetapi Sarina ialah orang Islam yang faham hukum jadi lapuran membunuh diri sebegini meragukan dan sekaligus meletakkan kes ini dalam mistri yang berpanjangan yang mungkin tidak akan dapat dirungkai oleh polis walaupun melanjutkan tempoh tahanan reman suspek.

Sarina seperti diberitahu oleh anaknya pernah meluahkan rasa sedihnya dengan pembunuhan Dato Sosilawati tetapi rasa sedih yang diluahkan bukanlah satu hujah yang kuat untuk dia membunuh diri.

Rasa sedih itu juga mungkin kerana dia tahu sesuatu yang tidak diketahui oleh umum dan mungkin juga menerima ugutan yang menyebabkan kehidupannya tidak tenteram, itulah mungkin bentuk rasa sedih Sarina yang menyebabkan dia membunuh diri.

Atau mungkin juga Sarina Jaafar tidak membunuh diri tetapi dibunuh untuk menghalang sesuatu skandal atau apa jua sebab kematian Dato Sosilawati terbongkar.Sarina kemudian dibuat untuk kelihatan seperti membunuh diri, namun apa jua yang sebenarnya berlaku, penulis yakin polis mengetahuinya.

Apa yang dinanti sekarang ini ialah pembongkaran kepada skandal atau urusniaga haram yang menyebabkan kematian Dato Sosilawati dan tiga yang lain yang melibatkan VVIP dari pasukan pemerintah.Kematian Sarina mengukuhkan teori bahawa peguam yang pernah didakwa diiringi polis dan peguam yang didakwa menggunakan dato palsu itu hanyalah kambing hitam dalam kes pembunuhan ini.

Nota :

Ada sesuatu yang tidak diketahui oleh umum tetapi mungkin diketahui oleh Sarina Jaafar dan mungkin beberapa orang lain....

Sementara polis yang turut dicabar dengan kes dera amah Indonesia di Penang dan kehilangan jutawan India sedang diperhatikan rakyat dan terpulang kepada mereka sama ada mahu terus terhina menjadi barua atau mahu keadilan dan kebenaran ditegakkan kepada rakyat keseluruhannya.

Walau apapun Polis mengetahui apa yang berlaku, itulah keyakinan rakyat....

No comments:

Post a Comment