Sep 9, 2010
Polis Malaysia Memang "Berpenyakit"
IGP ingatkan polis jangan jadi 'orang suruhan' -MKini
Ucapan perpisahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini secara tidak langsung terus membidas camputangan Kementerian Dalam Negeri.
Musa yang dilihat tidak mahu berundur sebelum menyatakan apa yang terbuku di hatinya, mengingatkan anggota polis dan pegawainya supaya kekal setia meskipun “menerima tekanan dari pihak atasan dari dalam dan juga luar”.
“Jangan jadi 'yes men'. Jangan jadi orang suruhan. Jika polis terdiri daripada orang suruhan, seluruh pasukan akan busuk dan musnah.
"Jangan tolak ansur dalam soal integriti ini, rosak pasukan nanti," katanya.
Malah, Musa berkata, PDRM bukan peminta sedekah dan bukan "pungut duit orang lain" tetapi kewujudannya adalah untuk menjaga keamanan masyarakat dan negara.
Nota :
Ini semua membuktikan bahawa PDRM memang ada penyakit yang amat kronik...
Penyakit dalam PDRM telah membarah sekian lama...
Macam mana PDRM mampu untuk mengawal jenayah...
Sedangkan PDRM sendiri berpenyakit....
Macam mana orang sakit nak mengawal orang lain yang juga sakit...
Percayalah...Hanya Islam saja yang mampu memulihkan penyakit yang ada dalam PDRM...
Yakinlah dan kembalilah kepada Islam yang sebenar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment