Sep 14, 2010
Rakyat Terus Di Jumudkan Oleh UMNO/BN.....!!!
SKMM TUBUH PASUKAN KHAS TANGANI HASUTAN PERKAUMAN DI INTERNET – Utusan Meloya
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) telah menubuhkan sebuah pasukan khas bersama polis untuk menangani ancaman terhadap keselamatan dan perpaduan negara menerusi internet, kata Rais Yatim.
Dia berkata, sejak awal tahun ini, SKMM telah menerima 533 aduan mengenai salahguna kemudahan internet khususnya rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Dari 533 aduan itu, 26 peratus merupakan aduan mengenai percubaan merosakkan perpaduan kaum di negara ini,” katanya.
"Berdasarkan aduan ini, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya untuk membuat tindakan tegas kerana (ada) pihak telah ingkar dengan nasihat kita.
"Sudah sampai masanya... kalau tidak soal perkauman ini akan sentiasa dipermainkan,” katanya.
Nota:
Dulu yang dituduh ialah laman porno
Sekarang facebook dan twitter pulak
Kali ini perkauman dijadikan alasan.
Ini semua kelentong....
Ini semua lebong.....
Tujuannya ialah untuk menghapuskan laman web seperti malaysia today,
malaysiakini, suara keadilan dan berpuluh ratus
blog anak anak muda yang menibai UMNO/BN.....
Projek nak kontrol internet ini sudah lama di rancang.
Sampai ada badan khas di tubuh di uitm untuk melawan blog dan laman yg menibai UMNO/BN.
Laman web dan blog pro UMNO/BN memang tak ada peminat....
Maka tidak ada jalan lain... maka inilah usaha terbaru.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment