Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Sep 15, 2010

"Sekolah Harapan" Hasil Idea Kepala Otak Orang Yang "Bangang"....!!!


Sekolah Harapan bagi pelajar hamil dibuka Jumaat -MKini

Sekolah khas untuk pelajar hamil yang dibiayai oleh kerajaan negeri di Jasin akan dibuka bermula Jumaat ini untuk menempatkan mereka yang secara sukarela mahu ke situ.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata sekolah itu yang dikenali sebagai ''sekolah harapan'', berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di bekas pejabat Syarikat Air Melaka (SAM).

Buat permulaan, katanya, sekolah itu yang turut menyediakan kemudahan tempat tinggal, akan dikendalikan oleh seorang penyelia dan tiga pengajar lain.

"Kita sudah lantik guru JAIM yang berpengalaman bagi mengajar di sekolah itu yang boleh memuatkan maksimum 40 pelajar," katanya di kediamannya, Seri Bendahara, di Melaka hari ini.

Mohd Ali berkata, setakat ini, belum ada pelajar hamil yang menghubungi JAIM untuk memasuki sekolah itu dan bagi yang berminat boleh memohon dengan identiti mereka dirahsiakan.

"Kita berniat baik dengan menubuhkan sekolah ini bagi membolehkan remaja yang terlanjur meneruskan persekolahan sehingga mereka bersalin dan tamat edah sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata sukatan mata pelajaran yang diajar bergantung kepada tahap semasa persekolahan pelajar itu. - Bernama
----------------------------------------------------------------
Woitttt......IDEA BANGANG MACAM NI AKAN LEBIH MENGGALAKKAN PERBUATAN ZINA...

Kah...Kah....BERZINALAH KAMU SEPUAS-PUASNYA...BILA NGADUNG MASUK SEKOLAH HARAPAN...

Kah...Kah....GUNA DUIT KERAJAAN ...BIAYAI ANAK HARAM....

Kah...Kah....TUJUAN SEKOLAH INI DI BUAT ADALAH UNTUK KURANGKAN BUANG ANAK HARAM...BUKAN NAK HAPUSKAN ZINA....

Kah...Kah....BUATLAH POSTER...JANGAN BUANG BAYI MERATA-RATA....

Kah...Kah...CUMA JANGAN BUANG BAYI....BERZINA TAK APA...MENGANDUNG ANAK HARAM PUN TAK APA...

Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...PATUTLAH ALLAH SELALU TURUNKAN BALA DI MELAKA...TUJUANNYA SUPAYA PEMIMPINNYA INSAF DAN JANGAN SELALU JADI BANGANG....

No comments:

Post a Comment