Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 21, 2010

Bajet 2011 Adalah Bajet Kerajaan KORUN....!!!


Terima kasih Yang Di-Pertua di atas peluang yang diberikan kepada Lembah Pantai untuk turut membahaskan belanjawan 2011.

Malaysia menghadapi Persimpangan Peralihan Ekonomi Global yang akan menentukan samada kita akan berjaya atau gagal menjadi Negara berpendapatan tinggi. Hala tuju belanjawan seharusnya meransang Pembangunan Upaya Daya-Saing; yakni Pelaburan Aset Intelektual mesti mengatasi Pelaburan Aset Fizikal. Isyarat Belanjawan seharusnya menyakinkan dan bukan meresahkan rakyat serta pelabur asing, dengan tumpuan kepada reformasi politik dan menghapuskan amalan rasuah yang mengherotkan pasaran.

MIER menyatakan unjuran KDNK hanya 6.5% bagi tahun 2010 berbanding sasaran kerajaan iaitu 7.0%.

Oleh demikian, pada hemat saya Belanjawan 2011 kurang sempurna. Ia tidak sempurna kerana ia mengutamakan golongan yang berada dan mengetepikan rakyat jelata. Ia tidak sempurna kerana ia adalah belanjawan yang hanya melihat kepada keuntungan jangka pendek dan bukan keuntungan jangka panjang. Ia tidak sempurna kerana pengagihan peruntukan tidak seimbang dan tidak sejajar dengan objektif yang mahu dicapai iaitu ekonomi berpendapatan tinggi.

Bukan Belanjawan untuk masa depan

Belanjawan ini bukan belanjawan masa depan. Ia adalah belanjawan yang datang dari zaman yang silam - di mana projek-projek mega dan penswastaan yang kurang telus, dengan kos tinggi diteruskan dan akan terus membebani generasi yang akan datang. (Perbelanjaan kerajaan RM213 bilion sedang sasaran pendapatan kerajaan hanya RM165 bilion.)

Belanjawan ini telah gagal untuk meletakkan hala tuju kepada masa depan. Yang hanya jelas adalah bahawa generasi muda dan anak-anak kita akan terus membayar hutang-hutang daripada belanjawan 2011 selepas ini. Kesempurnaan sesuatu belanjawan harus mengambil kira memenuhi keperluan and juga kepentingan rakyat secara saksama.

Pada dasarnya kita melihat bahawa belanjawan 2011 bukanlah mensejahterakan rakyat tetapi memperkayakan segolongon kecil yang terpilih seperti mana dilihat dalam projek bangunan 100 tingkat Warisan Merdeka. Belanjawan 2011 akan menjadi sempurna dari semua segi, semua aspek dan semua bentuk seandainya ia berpaksikan kepada "Peningkatan pengupayaan daya saing Negara" atau dengan izin "National competitiveness capacity building improvement".

Belanjawan 2011 akan menjadi sempurna seandainya pelaburan pembangunan Prasarana intelektual mengatasi prasarana fizikal. Sebagai contoh kita patut menggunakan RM5 bilion untuk melahirkan 10 ribu pakar penyelidikan yang berkelulusan PHD daripada menggunakan RM5 bilion untuk membina bangunan 100 tingkat.

Saya juga bingung melihatkan kepada RM111 juta yang dibelanjakan untuk PERMATA sementara hanya RM 20 juta untuk program PhD di universiti-Universiti.

Saya juga mengingatkan dewan ini bahawa hanya 0.64% daripada Belanjawan 2011 diperuntukkan untuk tujuan kajian dan penyelidikan - walhal purata sedunia adalah 2.4hingga 3.4%.

Saya juga agak terkejut melihat kepada kandungan ucapan PM yang di antaranya memperincikan langkah-langkah kecil yang dihidang kepada minoriti rakyat yang menunjukkan pendirian yang materialistik - bangunan-bangunan yang gah, barangan-barangan yang mewah.

Q. Mesej apa yang diberi kan oleh PM kepada generasi muda? Adakah kerajaan mengambil kira berapa hasil cukai kerajaan yang dikorbankan untuk memansuhkan duti import ini?

Keutamaan yang serong ini juga dapat dilihat daripada teks ucapan bajet 2011- dan amat memalukan apabila cadangan yang belum diluluskan oleh Dewan Rakyat dikuatkuasakan pada jam 4 petang 15 Oktober 2010! Bukankah ini secara jelas bentuk penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri?

Tumpuan pertama seharusnya menggandakan pelaburan model insan yang berkualiti melalui pendidikan dan penyelidikan. Belanjawan pendidikan 2011 adalah berjumlah RM40 bilion iaitu 18.86% daripada Belanjawan keseluruhan. Ia sepatutnya digandakan kepada RM80 bilion. Ini akan digunakan untuk mewujudkan sekolah satu sesi, menambahkan waktu sekolah setiap hari, menaikkan gaji guru sebanyak 50%, dan mewujudkan pra-sekolah untuk anak anak Malaysia seluruh negara. Saya fikir kerajaan menyedari akan masalah bebanan para guru lalu mewujudkan jawatankuasa khas kaji beban guru - malangnya cadangan-cadangan yang crucial tidak diangkat dan diperlihatkan dalam Belanjawan 2011.

Untuk Pendidikan Pengajian Tinggi, kita patut menggandakan program-program penyelidikan dan pembangunan, menggandakan program PhD untuk staf akademik, mengambil masuk tenaga akademik berkelayakan daripada luar negara, dan memberikan biasiswa yang termasuk menukar semua pinjaman PTPTN kepada biasiswa penuh. Kita bandingkan sejumlah RM10.2 bilion yang diperuntukkan untuk Kementerian Pengajian Tinggi dengan RM 12.59 bilion untuk PEMANDU.

Kesemua ini memerlukan paling minima perbelanjaan selama 10 tahun sedangkan usaha yang sama untuk pembangunan modal insan Silicon Valley di Amerika Syarikat telah mengambil masa 20 tahun sebelum ia dapat memberikan kesan yang besar di dalam menyediakan tenaga kerja yang berkualiti.

Cadangan saya untuk membiayai pelaburan pendidikan dan penyelidikan tadi bolehlah datang daripada 30% keuntungan tahunan Petronas dan program pengagihan semula ekuiti bumiputera di mana 30% daripada nilai ekuiti dijual dengan nilai par value kepada sebuah tabung pendidikan nasional bumiputera.

Pelaksanaan satu dasar :Pengagihan Semula secara Adil Kekayaan Ekuiti Bumiputera" sedia ada didalam syarikat-syarikat tersenarai dan bukan tersenarai yang memperolehi projek kerajaan dan pengswastaan dari kerajaan, konsesi lebuhraya dan penjanaan elektrik, dan syarikat berkait dengan kerajaan (GLC) untuk dijualkan 30% daripada saham milik individu atau syarikat bumiputera dengan menggunakan nilai saham "par-Value" yang menjadi metodologi penilaian saham rasmi kerajaan kepada seramai mana orang Melayu dimana 25% saham tadi dimasukkan kedalam Tabung Biasiswa Pendidikan dan selebih 5% kepada koperasi pekerja syarikat penyumbang tadi.

Dan baki 70% pegangan asal masih di dalam tangan pemilik individu dan syarikat bumiputera tadi.

Saya juga telah mencadangkan kita mulakan pelaksanaan dasar baru ini dengan syarikat-syarikat Kenchana Petroleum, Scomi, CIMB, Perimekar, APCO dan sebuah syarikat pembinaan Jambatan di Pasir Mas untuk menguji keberkesanannya.

Tentunya yang terbaik, kita mulakan dengan GAMUDA-MMC sejurus selepas mereka menandatangani projek MRT secara tender terus.

Kenaikan gaji sebegini termasuk untuk staf akademik dan juga penukaran pinjaman PTPTN kepada biasiswa bolehlah dilihat sebagai satu ransangan ekonomi terus kepada rakyat (economic stimulus direct to the people) yang juga akan meningkatkan permintaan domestik yang menjana pertumbuhan ekonomik. (domestic demand)

Reformasi politik

Tumpuan kedua adalah kepada insentif and perbelanjaan untuk pemulihan demokrasi yang menjadi prasyarat kepada melahirkan budaya innovasi yang akan menjana ekonomi berpendapatan tinggi. Kemajuan ekonomi Negara bergantung kepada wujudnya innovasi. Innovasi memerlukan kebebasan yang bersandarkan kepada demokrasi yang sihat.

Oleh demikian, saya mencadangkan perlu adanya tiang ke-5 iaitu Reformasi Politik Negara di dalam kerangka agenda transformasi national. Pemulihan demokrasi melibatkan menghapuskan undang-undang anti-demokratik seperti AUKU, ISA, Akta Percetakan dan Penerbitan (Printing Presses and Publications Act), dan mewujudkan pilihanraya umum yang bebas dan adil. Kedua-dua usaha ini bukan sehaja akan menjadi pemangkin kepada budaya innovasi tetapi ia juga akan memulihkan keyakinan pelabur asing kepada Negara.

Justeru, belanjawan 2011 seharusnya melibatkan perbelanjaan untuk menjayakan proses pemulihan demokrasi termasuk suruhanjaya-suruhanjaya baru yang berkaitan seperti suruhanjaya hak asasi wanita dan kanak-kanak, suruhanjaya kebebasan media di samping pengupayaan atau pemerkasaan suruhanjaya hak asasi manusia atau SUHAKAM.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk menyatakan bahawa usaha untuk memberikan rakyat maklumat tepat, secara telus akan diperkenalkan oleh Kerajaan Pulau Pinang yang menyusuri Kerajaan Selangor dalam meluluskan rang undang-undang negeri Kebebasan Maklumat (Freedom of Information Act). Inilah yang dipanggil reformasi politik.

Saya juga mengesyorkan agar kita mempromosikan pelaksaan Rukun Negara kepada semua lapisan masyarakat kerana RN merupakan satu falsafah yang cukup sesuai didalam integrasi nasional. Perbelanjaan untuk mempromosikan Rukun Negara adalah lebih bernilai dan lebih berkesan daripada mempromosikan konsep 1-Malaysia atau bayaran kepada APCO.

Setakat ini sudah RM38.42 juta sudah dibelanjakan untuk 1 Malaysia.

Tumpuan ketiga adalah penghapusan pengherotan pasaran dengan menyediakan perbelanjaan untuk menggandakan keberkesanan suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia didalam usaha membanteras rasuah dan perbelanjaan untuk membentuk Suruhanjaya Amalan Perniagaan Adil dengan izin Fair Business Practices Commission yang akan menentukan bahawa segala amalan perniagaan terutamanya yang melibatkan kerajaan akan membawa keuntungan maksima untuk rakyat. Suruhanjaya Amalan Peniagaan Adil di antara tugasnya adalah menentukan tidak ada unsur korupsi atau kolusi didalam peraihan keuntungan melampau yang merugikan rakyat.

Sebagai contoh MRT berharga RM40 bil untuk 140 km yang - atau RM285k semeter dibandingkan dengan projek MRT di negara lain.

Kita perlu buat pilihan terbaik memandangkan keadaan ekonomi semasa.

Di China - walau bukan perbandingan apple to apple - tetapi perlu kita selami supaya keputusan terbaik dapat dibuat:

a) Wuhan-Guangzhou, 57 billion, 960 km, RM59,400 per meter yang melibatkan pembinaan banyak jambatan dan terowong.
b) Taipei- Kaohsiung, 48 billion, 360 km, RM133,300 per meter, melibatkan bayaran tanah-tanah yang dibeli semula.
c) Projek sistem pengangkutan yang dicadangkan daripada Ho Chi Minh city-Hanoi, 176 billion, 1680km, RM105,000 per meter.

Q: Adakah kerajaan membuat keputusan terbaik untuk rakyat? Kita tidak tahu dan statistik perbandingan tidak meyakinkan kita akan niat baik kerajaan demi rakyat.

Contoh lain termasuk:

2) PLUS- Oleh kerana EPF dan Khazanah terpaksa menyelamatkan PLUS, sepatutnya nama PLUS ditukar kepada MINUS. Kos pembinaan lebuh raya di Malaysia jauh lebih tinggi kalau dibandingkan dengan negara-negara lain. Keuntungan kroni yang dilipatkan gandakan yang tidak menepati kewarasan ekonomi mahupun perniagaan yang bebannya akan dipikul oleh warisan muda.

Perjanjian keuntungan durian runtuh Penjana-penjana Bebas (IPP):

Akhir tahun 2010 menyaksikan tarikh tamatnya rundingan untuk mendapatkan pemanjangan perjanjian selepas tahun 2014/15 untuk IPP Generasi Pertama. Rakyat tidak dimaklumkan secara telus ttg keuntungan durian runtuh IPP.

Dengan izin, "According to industry executives and Petronas official data, about 56 per cent of the gas supply in Peninsular Malaysia goes to its power sector, and of that amount, more than 55 per cent is taken up by independent power producers, which have been buying the gas at a subsidised rate since 1997."

Former TNB Chariman, Tan Sri Ani had said in an interview, "There was no negotiation. Absolutely none. Instead of talking directly with the IPPs, TNB was sitting down with the EPU. And we were harassed, humiliated and talked down every time we went there."

Kalau benar kita menuju transformasi ekonomi, kerajaan wajib menerangkan perjanjian yang diberi kepada generasi pertama IPP - kita mahu tahu maklumat lanjut perjanjian tersebut kerana yang menerima bahananya dan menanggung hutang adalah rakyat.

Ketidakbertanggungjawapan fiskal yang ini mengugat kestabilan negara kerana bangunan 100 tingkat tidak mampu menanggung beban hutang, beban korupsi, beban dosa-dosa manipulasi sebegini.

Saya tidak mempersoalkan keperluan pembangunan tetapi yang saya soalkan berapakah kos yang diperlukan untuk pembangunan kerana sejarah menunjukkan bahawa kosnya selalunya tinggi dan akan membawa kepada senario dengan izin "Privatizing profits and socializing losses" seperti yang berlaku pada sebelumnya.

Kegagalan syarikat pengangkutan rel (PUTRA, STAR-LRT) hingga kerajaan UMNO-APCO terpaksa bail-out menggunakan suntikan RM600 juta hingga terpaksa pula diletakkan di bawah SPNB (Syarikat Prasarana Berhad)

AKHIR KATA

Cabaran yang dihadapi didalam persimpangan ekonomi global yang saya (Nurul Izzah Anwar, gambar kiri) maksudkan boleh digambarkan dengan contoh apabila seorang rakyat Malaysia yang menjadi pelajar undang-undang terbaik di Cambridge University, UK yang telah diberikan biasiswa oleh Negara jiran dilaporkan akan berkerja di negara jiran tersebut.

Inilah realiti yang menghadapi kita apabila adik Tan Zhongshan yang mendapat keputusan terbaik jurusan undang-undang di Queen's College, Cambridge University akhirnya diciluk Singapura.

Ini bermaksud bahawa kita telah kehilangan satu lagi modal insan akibat daripada dasar-dasar kerajaan yang kurang sempurna seperti yang saya telah dihuraikan sebentar tadi. Sampai saya terbayang bahawa rupa-rupanya Malaysia dan bukan Singapura yang dilanda todak.

Perbahasan Belanjawan oleh Nurul Izzah Anwar ( MP Lembah Pantai )

No comments:

Post a Comment