Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 16, 2010

Islam Di Pulau Pinang Kian Selesa Di Bawah PR....!!!



Katanya, jika tidak mengamalkan cara hidup beragama yang tinggi beliau yakin negara boleh musnah ekoran krisis moral yang semakin mengancam negara.

"Para huffaz sama ada yang hadir pada hari ini atau yang ada di luar negara adalah harta yang tidak ternilai pada negara. Kepimpinan yang berakhlak mulia akan mengemudikan negara dengan baik," ujarnya ketika berucap sempena Majlis Pengiktirafan Al-Hafiz dan Ijtimak Huffaz Negeri Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, pagi tadi.

Oleh itu, sambung beliau sejak tiga tahun lepas Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sumbangan kepada golongan terbabit sebagai menghargai jasa mereka yang sanggup menghafal Al-Quran.

Kerajaan juga, ujarnya menyalurkan bantuan khusus kepada aktiviti keagamaan semata-mata memartabatkan Islam di negeri ini dan hasil program tersebut terhadap pertambahan 40 orang huffaz untuk tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia juga, katanya selari dengan matlamat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang mahu melahirkan 'satu keluarga satu hafiz'.

"Saya yakin hasil dari pengiktirafan itu menambahkan lagi para huffaz di negeri ini. Untuk tahun ini sahaja saya difahamkan 40 orang telah dilahirkan. Ini satu kebanggaan," tegasnya.

Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz di sini.

Beliau merupakan seorang huffaz lulusan Maahad Tahfiz Al Quran Pulau Pinang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (Kitab).

Turut hadir dalam majlis tersebut Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama (Dr) Abdul Rahman Abas.

Nota :

"Selain memberikan pengiktirafan kepada para huffaz yang hadir kerajaan negeri juga memberikan sumbangan kepada Johan Program Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd Ridwan yang telah menaikkan imej Negeri Pulau Pinang serta boleh dijadikan motivasi kepada para huffaz"

Inilah perbezaan yang ketara corak pemerintahan antara PR & BN....
Walaupun KM adalah kafir tapi celik Islam...
Dia tahu Islam adalah agama yang lengkap...
Cuma mungkin Allah belum berikan hidayah kepadanya...
InsyaAllah...PAS sebagai tunggak dalam mempeerkenalkan Islam kepada komponen PR yang bukan Islam...Akan membuka hati-hati pemimpin parti komponen PR yang bukan Islam untuk menerima Islam dalam hidup mereka....


Ini namanya Islam memerintah...bukannya di perintah....
UMNO memang jahil bab ni....
Kah...Kah....Kah....!!!!

No comments:

Post a Comment