Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 12, 2010

Rintihan Warga Felda : Jangan Kencing Kami Lagi....!!!


Bayar Wang Tanam Semula - BO

Lebih daripada 10 orang peneroka FELDA menggesa agar Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan menarik balik kenyataan beliau yang tidak benar, malah menyeru agar FELDA membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka.

"Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu. Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!" kata Mazlan Aliman, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK).

Mazlan Aliman dipetik Merdeka Review berkata sedemikian dalam satu sidang media di parlimen, bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari Agungnya, Hatta Ramli.

Yang berikut adalah kenyataan bertulis daripada Mazlan Aliman:

Saya ingin merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan bertarikh 7 Oktober 2010. Antaranya :-

1.FELDA bersedia untuk memberikan Wang Tanam Semula berjumlah RM17,000 kepada peneroka yang menguruskan kebun mereka secara persendirian dengan syarat mengikut garis panduan yang ditetapkan,

2. FELDA tidak memberikan Wang Tanam Semula kepada peneroka bagi mengelakkan wang itu disalah guna,

3. Kebun peneroka yang tanam sendiri jadi hutan; penuh dengan babi hutan, ular sawa, tikus dan kumbang. Duit RM17,000 peneroka beli motor, baiki rumah dan beli kereta,

4. FELDA tidak kalah dalam keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan membabitkan Wang Tanam Semula yang dituntut 10 peneroka Felda Sg Koyan 2 dan 3 seperti laporan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang disiar oleh HARAKAH,

5.Daripada sejumlah 112,635 peneroka, hanya 14,882 daripadanya iaitu 13.2 peratus peneroka yang menguruskan kebun mereka sendiri; FELDA telah dan sedang membuat pembayaran Wang RM17,000 kepada peneroka yang layak,

6.Tidak ada sebab untuk peneroka FELDA menyaman FELDA kerana jika tidak disaman pun FELDA tetap membayar Wang Tanam Semula kepada peneroka sebagaimana garis panduan ditetapkan.

Mazlan Aliman, telah mewakili Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) mengalu-alukan kenyataan beliau yang mungkin boleh menjadi formula menghuraikan isu Wang Tanam Semula. Walau bagaimanapun beberapa persoalan asas mesti dirungkai sekiranya kenyataan beliau boleh dipertanggungjawabkan.

1. Adakah benar dasar FELDA memberi kebebasan kepada peneroka untuk menguruskan kebun mereka secara persendirian?

2. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling tidak membenarkan peneroka menguruskan tanam semula mereka secara persendirian?

3. Kalau tiada paksaan, kenapa FELDA mengeluarkan pekeliling mengugut peneroka agar mencabut anak sawit yang telah ditanam secara persendirian?

4. Adakah beliau maklum bahawa ada peneroka yang telah menanam sendiri atas kebun mereka lebih daripada 5-10 tahun; tapi Wang Tanam Semula tidak diperolehi?

5. Adakah beliau faham, saman yang dibuat peneroka terhadap FELDA adalah pilihan terakhir disebabkan keengganan FELDA membayar Wang Tanam Semula meskipun perundingan telah dibuat begitu lama?

Membuat tuduhan berasaskan kes terpencil kegagalan peneroka mengurus kebun mereka hingga digambarkan kebun seperti hutan yang penuh babi dan ular adalah kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang tidak wajar keluar dari seorang menteri!

Jika begitu sandarannya, saya juga bersedia mendedahkan kegagalan Techno Plant Sdn Bhd, Anak Syarikat Felda yang bertanggungjawab menyelia kebun peneroka. Sebagai menteri yang mengawalselia Felda, adakah beliau tahu ribuan peneroka yang telah keluar dari pengurusan Techno Plant Sdn Bhd kerana tidak berpuashati dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang dibuat sedangkan pendapatannya tidak berbaloi? Adakah beliau tahu kebun peneroka yang tidak berurus, pendapatan yang rendah, potongan yang tinggi; semuanya gara-gara Techno Plant Sdn Bhd?

Adakah beliau maklum, salah satu sebab mengapa peneroka keluar daripada Techno Plant kerana potongan baja yang tinggi sedangkan kualitinya SANGAT DIPERSOALKAN.

Beliau mesti menarik balik kenyataan yang mengguris perasaan lebih 14,000 peneroka sawit yang mengurus kebun mereka secara persendirian dengan kadar segera. Jika tidak laporan polis besar-besaran akan di buat di seluruh negara.

Ahmad Maslan dan FELDA tidak boleh lagi berdolak dalik dengan pelbagai alasan. Dalam masa 3 bulan ini; FELDA mesti membuat pembayaran kepada mana-mana peneroka seluruh negara yang belum mendapat Wang Tanam Semula mereka. Jika gagal berbuat demikian, ANAK akan mengatur rombongan peneroka terbabit dalam jumlah besar ke Ibupejabat di Jalan Semarak Kuala Lumpur pada setiap minggu. Mereka akan berada di situ hingga wang RM17,000 diperolehi!

Sebagai permulaan, peneroka FELDA Gugusan Sg Dusun Ulu Selangor akan menjadi kumpulan pertama. Mereka ini dijanjikan mendapat Wang Tanam Semula ketika kempen pilihanraya kecil Hulu Selangor, tapi FELDA gagal berbuat demikian.

Nota :

Untuk pengetahuan, ketika ini sedang kecoh di beberapa Tanah Rancangan FELDA yang terlibat tanam semula getah. Harga tender yang diberikan kontraktor membeli batang getah tua rendah dan berbeza-beza. Ia juga tidak sama dengan sesetengah kontraktor lain yang menawarkan harga yang lebih tinggi.

Ada peneroka yang telah mendapat pelepasan untuk menggunakan khidmat kontraktor yang menawarkan harga lebih tinggi dibatalkan di saat akhir. Apa yang lebih mengejutkan, peneroka tidak dibenarkan menoreh di kebun getah mereka sendiri walhal kerja tanam semula dijangka tahun hadapan. Ini sangat merugikan peneroka dan bebanan pinjaman sara hidup kepada mereka. Ahmad Maslan boleh menyiasat apa yang sedang berlaku di FELDA Kepis, Kuala Pilah, Felda Raja Alias 2, Felda Lui Selatan dan Felda Triang 3 di Bera.

Jangan perbodohkan peneroka dengan memperalat Ketua-ketua peneroka. Datang daripada jauh ke Ibupejabat FELDA di Kuala Lumpur dan Pegawai tertinggi FELDA 'dipaksa' memberikan taklimat yang salah hingga menyusahkan peneroka. Hentikan amalan seperti ini!

No comments:

Post a Comment