Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Oct 27, 2010

Petanda Awal BN Akan Tewas Di Galas....!!!


Tok Pa nafi spekulasi calon BN kurang diterima -MK

Ketua perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamad menolak spekulasi bahawa calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Galas, Abdul Aziz Yusof tidak begitu diterima di kalangan pemimpin bahagian Umno Gua Musang sendiri.

Spekulasi itu tercetus apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

Sebelum itu, Tengku Razaleigih yang juga ahli parlimen Gua Musang hadir mengiringi calon BN itu ke pusat penamaan calon.

Bagaimanapun, Mustapha berkata isu itu tidak ditimbulkan ketika beliau bertemu dengan Tengku Razaleigh pagi ini.

"Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

Beliau ditanya demikian memandangkan Tengku Razaleigh tidak kelihatan di lokasi khas yang disediakan untuk para kenamaan dari BN.

"Pagi tadi beliau (Tengku Razaleigh) yang memimpin (kumpulan penyokong) BN. Beliau ada (bersama kita) hingga lebih kurang pukul 10.30 pagi.

"Ku Li buat keputusan untuk bersama dengan rakyat (penyokong) di luar (pusat penamaan)," katanya.

Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."

Mustapha juga berkata, Tengku Razaleigh memainkan peranan besar sebagai ahli parlimen paling kanan di Malaysia dan juga sebagai pengarah pilihan raya kecil ini.

"Tapi kita BN yang banyak berjasa untuk rakyat dan calon wakili (parti) BN, bukan individu," katanya lagi.

Nota 1:

Antara Petandanya ialah :

1) Tengku Razaleigh Hamzah yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi DUN Galas, tidak menunggu lama dan difahamkan telah beredar sebelum calon BN diumumkan sah bertanding 4 November ini.

2) "Saya jumpa dia tadi, bukan masalah 'infighting' (dalam bahagian) ke apa. Tak ada, tak ada, tak ada," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang.

3) Ditanya sekiranya Tengku Razaleigh pulang ke rumah, Mustapha berkata: "Dia berehatlah. Ini biasa, semua dah selesai dah, tak ada masalah."


Nota 2 :

Setiap pengakuan UMNO Kita kena baca dan faham secara terbalik...
Bila UMNO cakap dah selesai..maknanya masih ada yang belum selesai...
Bila UMNO cakap tak ada masalah...memang sebenarnya banyak masalah....
Kita tunggu & lihat...Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment