Oct 23, 2010
UMNO Mewarisi Kemunafikan "Abdullah Bin Ubai"....!!!
"Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’
Melihat kepada tajuk di atas , benarlah sabda Nabi saw
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ فِى الْجَسَدِ مُضْغَةٌ ، إِذَا صََلُحَتْ صَلُحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِىَ الْقَلْبُ. (رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ)
Sabda Nabi SAW.: Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI. (HR. Bukhari dan Muslim)
Mungkin itu lah kebenaran yang diungkapkan oleh Wakil Kelantan Datuk Md Alwi Che Ahmad ketika memberi ucapan usul pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
Menurut berita itu lagi Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.
Selanjutnya ……….
Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.
Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.
“Kita perlu perbetulkan semua ini.“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.
“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.
“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.
Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.
“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.
“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang.
Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” KLIK DI SINI
Nota
Adakah kerana hati sahaja yang telah rosak ? Atau keseluruhan daging yang ada pada tubuhnya sudah rosak ? Hasil dari bersumberkan kepada reseki yang haram !!!
Perpatah Melayu menyatakan , ‘kerana pulut santan binasa , kerana mulut badan merana’ , bukan setakat dunia nya barangkali akan punah , malah akhirat belum tentu selamat.
Itulah ajaran agama yang diterapkan oleh parti UMNO , bukan sahaja kepada pemimpin2nya malah seluruh ahlinya. Dek kerana mengejar habuan dunia , yang diibaratkan sebagai bangkai oleh Allah swt , UMNO menyakinkan ahli2 dan pemimpin2nya itulah tujuan hidup.
MACA , Selaku Ketua Pembangkang di DUN Kelantan , mungkin layak baginya dianugerahkan sebagai Bapak Munafik Kelantan Darul Naim. Begitu jelas tahap keilmuan TGNA , dek kerana hatinya sudah gelap hitam legam , lidahnya begitu ringan bersalut sifat munafik , sanggup beliau mengeluarkan kata - kata sebegitu. Begitu hebat tahap ketaqwaan TGNA , lidah MACA masih mengecam , mengutuk dan menghina Tok Guru secara berterusan.
Masyaallah !!!! Dunia sudah tiba waktu senjanya. Negeri di bawah kepimpinan seorang Tok Guru , masih ada rakyat di bawah naungannya jahil secara total, lancang mulutnya , buruk akhlak dan tingkah lakunya. Taufik dan Hidayah Tuhan sudah terhijab !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mamat ni mmg x guna kopiah di atas kepala tetapi dok mengata org yg di ketahui sebagaoi seorg dalam pengetahuan agama juga terlalu sedrhana dlm kehidupanya.Dia tersilap besar kerana mencemuh ulamak berwibawa seperti Tok Guru jadi mamat ni PRU 13 nti pasti akan kecundang.
ReplyDeleteDia ni klu di letakkan sebelah babi pasti dia ni lawa skit dari babi.