Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 10, 2010

Awas....Denggi Tak Kenal Siapa....!!!

Kebiasaannya apabila makin besar rumah seseorang...Maka makin banyaklah Aedes membiak kerana kurang penjagaan kebersihannya...!!

Khir Toyo masuk hospital disyaki demam denggi -MK

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dimasukkan ke Pusat Perubatan Selangor (SMC) di Shah Alam pagi tadi kerana disyaki menghidap demam denggi.

ADUN Sungai Panjang itu dimasukkan ke hospital tersebut kira-kira jam 10 pagi selepas mengadu demam, sakit kepala dan badan menggeletar.

Isteri beliau, Datin Seri Zaharah Kechik ketika dihubungi berkata, beliau yang bimbang dengan keadaan kesihatan suaminya itu terus membawanya ke SMC untuk pemeriksaan lanjut.

"Apabila tiba di hospital, doktor yang melakukan pelbagai pemeriksaan termasuk mengambil sampel darahnya mengesyaki Datuk Seri mungkin mengalami demam denggi.

"Dr Khir kemudian diminta untuk menjalani rawatan lanjut bagi memastikan keadaannya baik dan beliau kini berehat di wad,” kata beliau.

Nota :

Hai....duduk dalam istana pun kena denggi jugak ke...??
Ini sah longkang dah tersumbat...
Ataupun kawasan rumah mesti tak terjaga..kotor dan bersepah...
Nyamuk Aedes memang jenis tak kenal siapa...
Semuanya dia gigit...Doktor ke...Ketua Pembangkang ke...
Dia juga akan gigit tak kira engkau ni toyol ke...anak toyol ke...
Kau ni Pencuri ke...Perasuah ke...!!
Jadi yang penting ialah aspek kebersihan perlu di utamakan...
Jika ada tin-tin kosong atau tayar yang terbiar baiklah tanam atau buang saja...
Apa yang penting...Nyamuk Aedes tiada kompromi dalam soal parti...
Tak kira UMNO atau PR....Semuanya tiada halangan..hanyalah peluang....

No comments:

Post a Comment