Anak siapa yang ada saham dalam Kilang Arak ini di filiphina..???
Sekiranya PKR sudah teruk sangat dan jika Mahathir seru semua ahli PKR menyertai PAS, itu saranan yang betul dan bijak. Mahathir ingat ahli-ahli PKR seperti beliau, ikut suka bila mahu masuk Umno dan keluar Umno? Mahathir pernah keluar Umno semasa Pak Lah jadi PM, kemudiannya melutut kembali kepada Umno apabila Najib jadi PM. Habuannya, anak Mahathir dilantik menganggotai kabinet Najib walaupun tewas bertanding Ketua Pemuda Umno di tangan KJ.
Mahathir mungkin sudah lama tidak membaca perkembangan luar negara, maklumlah orang tua biasanya mata sudah rabun. Mahathir tidak tahu bahawa berapa ramai Ahli Parlimen di luar sana yang menuntut agar kes liwat DS Anwar digugurkan. Terbaru, Setiausaha Amerika Syarikat sendiri menghubungi DS Anwar dan berjanji akan memantau kes yang dihadapi oleh Ketua Umum PKR itu. Masakan Mahathir tidak tahu ada suara dari tokoh perniagaan atau syarikat pelaburan luar negara yang terang-terang mendakwa kezaliman kerajaan ke atas DS Anwar adalah menjadi punca mengapa pelabur semakin tidak berselera datang ke Malaysia.
Dendam Mahathir terhadap DS Anwar tidak pernah luntur. Mungkin beliau masih terasa malu dan aib teramat sangat bagaimana suatu ketika Naib Presiden Amerika Syarikat, Al-Gore menjatuhkan air muka Mahathir di khalayak ramai apabila Al-Gore menyanjung semangat reformasi ketika itu. Itulah puncanya sampai sekarang Mahathir merapu dan meroyan tidak tentu hala.
Kununnya tidak mahu Melayu dan Islam berpecah, tetapi tangan beliaulah yang bersejarah memecahkan penyatuan orang-orang Melayu bahkan menghancurkan institusi Raja-Raja dengan pindaan perlembagaan yang dibuat untuk kepentingannya. Melayu berpecah ketika wujudnya Parti Melayu Semangat 46, angkara muslihat jahat siapa? Melayu berpecah lebih teruk lagi apabila Mahathir memecat DS Anwar dari kabinet dan menjalankan konspirasi jahat untuk mengaibkan DS Anwar. Sehingga kini, Umno tidak tertebus dengan semua angkara tangan Mahathir.
Usah bercerita pasal kedaulatan Islam dizaman Mahathir kerana manusia inilah yang terkenal dengan anti-Islamnya. Tangan manusia inilah yang menulis surat kepada Kerajaan PAS Kelantan untuk menghalang perlaksanaan Hukum Hudud di negeri tersebut. Mulut busuk manusia inilah yang sering menghina Sunnah Nabi dan hukum.
Nota :
Ini adalah jawapannya....
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 14 September 2009
PERLANTIKAN MIRZAN MAHATHIR SEBAGAI AHLI LEMBAGA PENGARAH DAN PEMBELIAN SAHAM ARAK DALAM SYARIKAT SAN MIGUEL CORP, FILIPINA
Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak. Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”. Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.
Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam. Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja. Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya. Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.
Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).
Di dalam sebuah hadis dinyatakan:
“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).
Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam disisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata. Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).
Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.
Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.
Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera. Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.
DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat
Nov 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment