Nov 5, 2010
Hakikat Yang Perlu Kita Telan....!!!
BN mungkin rampas semula kubu yang ditembusi-MR
Kemenangan 2-0 dalam PRK Galas dan Batu Sapi mungkin petanda kebangkitan semula Barisan Nasional, meramalkan potensi regim ini untuk merampas semula kawasan tradisionalnya yang ditembusi Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.
PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang. Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya.
Pada masa yang sama, PRK ini menyaksikan bagaimana undi Melayu mula kembali ke BN, menambah risiko PR untuk kehilangan kawasan-kawasan sedemikian. Dari apa yang diamati dalam PRK ini, meskipun pengundi Cina masih menyokong PR, tetapi undi tersebut gagal dipertingkatkan lagi. Secara keseluruhannya,kecenderungan perubahan ini tidak memihak kepada PR.
SAPP kehilangan kuasa berunding
Keputusan PRK Batu Sapi menunjukkan bahawa tiada perubahan dari segi asas struktur undi, sama ada untuk BN mahupun PR, termasuk SAPP. Sebaliknya, retakan wujud antara PKR dengan SAPP, dan PKR akhirnya berjaya mengatasi SAPP dalam PRK ini.
Andaian bahawa SAPP akan tetap bekerjasama dengan PR, dan tidak kembali ke pangkuan BN. Bagaimanapun, SAPP kehilangan sedikit sebanyak kuasa untuk berunding seterusnya, seandainya mahu bekerjasama dengan PR untuk berdepan dengan PRU yang akan datang.
Sementara itu, keputusan PRK Batu Sapi memperlihatkan sokongan pengundi terhadap parti yang lebih bersifat nasional, daripada sesebuah parti politik yang terhad kepada pengaruh tempatan. Justeru itu, SAPP mungkin perlu mempertimbangkan cadangan untuk mengubah langkah dirinya agar menjadi sebuah parti politik bersifat nasional.
Nota :
Andaian bahawa pengundi sudah "swing" pada PR saja tidak cukup...
PR kena lipat gandakan lagi usaha agar pegaruhnya dapat di kembangkan lagi...
Seperti di Galas..Pengaruh PAS sepatutnya telah lama berjaya di semai....
Sebagai sebuah kerajaan negeri...pengaruh Islam dan dasar yang di bawa oleh PAS perlu di pergiatkan...
Dengan kuasa yang ada...gunakanlah sepenuhnya demi Islam di Galas...
Sebagai sebuah parti yang telah lama berkecimpung dalam Pilihanraya...
PAS semestinya dah tahu strategi BN ialah menggunakan Wang....
Sebab itu PAS sepatutnya sudah kenal pasti apakah senjata ampuh bagi menghadapi strategi kotor BN ini...
Kalah tak bererti kita terus tewas...
jadikan kekalahan ini sebagai pedoman untuk kita aturkan strategi yang lebih bijak dan berkesan...
Jangan kita terlalu leka dengan sokongan rakyat kepada kita...
Sebab manusia adalah makhluk Allah yang paling tinggi darjatnya....manakala yang paling rendah lebih daripada haiwan....
Dimanakah letaknya taraf manusia di N45 Galas...???
Jangan kita jadi seperti pepatah melayu ada mengatakan....
Cuma menang sorak..tapi kampung tergadai...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment