Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Nov 3, 2010

UMNO Tidak Semestinya Islam....Islam Bukanlah Dasar UMNO...!!!

Bukti UMNO telah Kufur Pada Allah...!!!

TINDAKAN KIT SIANG TUDUH UMNO KAFIR MELAMPAU – BH

GUA MUSANG: DAP semakin berani mencampuri urusan agama Islam dengan menuduh orang UMNO kafir dalam siri ceramah untuk menarik sokongan pengundi Melayu menyokong PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ali Rustam, berkata tindakan itu adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Katanya, kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu dibuat di hadapan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim pada ceramah di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) KESEDAR Sungai Terah.

“Yang kita sedihnya apabila Lim menuduh orang Melayu parti UMNO kafir disambut dengan laungan takbir ‘Allahuakhbar’ oleh pemimpin PAS bersama penyokongnya yang dianggap menjual agama Islam kepada kaum lain.”

“Inikah parti yang melaungkan perjuangan Islam yang patut kita sokong dan sudah jauh terpesong akidah sebenarnya,” katanya ketika berceramah kepada pengundi di peti undi Kampung Baru Hulu, dekat sini, petang kelmarin.

Mohd Ali berkata mungkin pengundi di DUN Galas baru sedar tindakan Kit Siang yang mengutuk orang beragama Islam tetapi pada masa sama ia halal di sisi perjuangan PAS demi kepentingan politik pembangkang.

Beliau berkata, gelagat pemimpin DAP mencampuri urusan agama Islam sejak bergabung dalam pakatan pembangkang kerana mendapat restu PAS untuk mengutuk orang Islam yang tidak sokong parti itu.

Katanya, pengundi di DUN Galas patut mengambil ingatan dengan sikap melampau DAP itu yang menuduh orang UMNO kafir dan perbuatan itu pula seolah-olah direstui PAS.


Nota:

Mari kita tanya diri kita sendiri
Apa sudah jadi kepada orang yang
Mengakui diri mereka pemimpin bani melayu ini
Mereka saban hati hanya menipu, makan rasuah,
Salah guna kuasa dan berbohong....

Bila china dan india menolak mereka...
Mereka mengatakan china dan india adalah kaum pendatang
dan tak pandai berterima kaseh...

Sebagai oarang kafir...Kit Siam memang tahu kriteria bagi orang kafir...
Kalau tak tahu tak kan Kit Siam boleh tuduh UMNO Kafir...
PAS dah lama melabelkan UMNO sebagai golongan Munafik...
Tapi Kit Siam lagi dahsyat..labelkan UMNO sebagai Kafir terus...
Nasib le.....Kah...Kah...Kah....!!!

No comments:

Post a Comment