Nov 7, 2010
UMNO/BN Pembohong....!!!
"Kita maklum bahawa banjir kali ini di negeri utara Semenanjung, Kedah terutamanya tidak seperti tahun 2005 lepas dan sebelumnya. Bahkan dikatakan ia banjir terbesar semenjak puluhan tahun lepas.
Justru, apabila akhbar harian melaporkan bahawa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertikaikan jentera kerajaan negeri Kedah yang lambat menghantar bantuan, termasuk Shahrizat yang berkata demikian, mereka perlu melihat secara menyeluruh banjir kali ini.
Empangan, projek pembangunan sebelum ini, suasana banjir di selatan Thailand, rumah petugas jentera kerajaan negeri sendiri yang mungkin tenggelam dan lain-lain faktor. Menyalahkan kerajaan negeri Kedah lambat bertindak sahaja dalam suasana rakyat hanya berfikir tentang keselamatan dan kehidupan akibat banjir adalah tidak bijak. Mungkin dalam sebahagian perkara, ada kebenarannya, tapi yang seperti disebut, banjir yang melanda sekarang tidak seperti sebelumnya, perlu diambilkira.
Saya yakin kerajaan PAS Kedah telah dan sedang mencuba yang terbaik. Namun, liputan berita dan akhbar itu selalunya tidak adil. Sekali lagi, kita pohon pihak akhbar harian dan Menteri dari BN sendiri tidak mempolitikkan isu banjir, sebaliknya bantu-membantu di antara agensi kerajaan Pusat dan negeri membantu mangsa banjir. Jangan tunggu PRK seperti di Galas atau batu Sapi sahaja, baharu mencurah datang bantuannya.
Nota :
Ini adalah jawapannya ;
ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.
Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.
"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.
Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.
Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.
"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi.
Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.
"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment