Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 26, 2010

Betolong-Tolong Kamu Dalam Perkara Kebaikkan...!!


Farid Media Prima ke JPM, kukuh pasukan Najib menjelang PRU-13-TKO

KUALA LUMPUR, 25 Dis — Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan, ketua stesen televisyen Media Prima Berhad milik Umno, dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri berkuat kuasa 1 Januari ini di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 diadakan awal tahun depan. The Malaysian Insider difahamkan Farid akan membawa bersama lima eksekutif televisyen

Pinjaman sepenuh masa ini bersifat sementara dan sebaik sahaja selesai tugasan (di Jabatan Perdana Menteri), beliau dijangka akan kembali untuk meneruskan peranan lamanya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Datuk Amrin Awaluddin dalam satu kenyataan semalam.
Amrin berkata, Ahmad Izham Omar, pengarah eksekutif 8TV, ketua pegawai eksekutif Alt Media dan ketua Media Prima Radio Networks (MPRN) akan menggantikan Farid berkuat kuasa 1 Januari.

“Beliau juga akan menjalankan peranan sebagai ketua pegawai eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, melapor terus kepada pengarah urusan kumpulan,” kata Amrin.

Katanya, Izham akan melepaskan jawatannya sebagai ketua MPRN dan pengarah eksekutif 8TV.

Dalam memo edaran dalaman, Media Prima menamakan lima eksekutif yang akan mengikut Farid iaitu Noor Amy Ismail, Noor Syazwani Abdul Rahman, Nurul Asyikin Ab Aziz, Nasir Taff dan Eddy Sulaiman.

“Farid merupakan seorang eksekutif media dan pengiklanan yang berpengalaman dan boleh diyakini dalam kerja-kerja berkaitan dengan konsep 1 Malaysia,” kata seorang editor Media Prima kepada The Malaysian Insider.

Konsep 1 Malaysia menjadi sasaran serangan Pakatan Rakyat yang mendakwa Najib menggunakan firma perunding perhubungan awam APCO Worldwide, yang dikatakan terlibat dalam kerja-kerja kempen One Israel diperkenalkan bekas perdana menterinya Ehud Barak.

Najib menafikan dakwaan itu dengan mengatakan beliau telah memikirkan perkara itu sebelum menjadi perdana menteri April 2009 termasuk menggunakannya sebagai nama blognya.

Selasa lalu, Najib menzahirkan rasa terkilan dengan dakwaan bahawa konsep 1 Malaysia diciplak dari negara lain dan menyifatkan dakwaan itu sebagai “pendustaan besar.”

Minggu lalu, Parlimen menggantung Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu itu. Turut digantung tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat.

Farid merupakan profesional media kedua menyertai pentadbiran Najib sejak tiga bulan lalu.

Bekas koresponden Reuters Malaysia Abdul Jalil Abdul Hamid dipinjamkan dari Suruhanjaya Sekuriti untuk menyertai pasukan komunikasi nasional perdana menteri.

Semalam, Merdeka Center mengumumkan kajiannya bahawa tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Najib kekal positif dengan kaum India mencatat peratusan tertinggi, diikuti Melayu dan Cina.

Tinjauan yang dijalankan mulai 30 November hingga 11 Disember lepas menunjukkan tahap kepuasan hati di kalangan kaum India ialah 85 peratus, Melayu (74 peratus) dan Cina (54 peratus).

Bagaimanapun, tahap kepuasan hati terhadap Najib merosot sedikit kepada 69 peratus berbanding 72 yang dicatat Mei lepas, dengan 22 peratus “sangat berpuas hati” manakala 47 lagi “agak berpuas hati” dengan prestasi beliau.

Kenyataan Merdeka Centre hari ini menyebut ia mungkin disebabkan reaksi rakyat terhadap pengurangan subsidi kerajaan bagi barangan seperti minyak petrol dan gula, yang berlaku ketika tinjauan dijalankan.

Kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa terdapat kesedaran sederhana di kalangan rakyat berhubung Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan September lepas, dengan 16 peratus dilapor memiliki beberapa tahap pengetahuan dan pemahaman mengenai pelan tersebut serta matlamatnya.

Nota :

Nampakanya BN kini sedaya upaya cuba untuk mengembelingkan kekuatan untuk menghadapi PRU 13...
Tak cukup dengan kakitangan yang sedia ada...mereka ambik pulak kakitangan dari sektor swasta....
Semua ini adalah untuk persiapan rapi mereka menghadapi PR dalm PRU 13...
Ingatlah wahai UMNO/BN....
Kamu merancang....Allah pun merancang...
Namun perancangan Allah SWT adalah yang terbaik....
Kepada Dato' Farid...Allah telah menyuruh kita supaya bertolong-tolongan dalam perkara kebaikkan....
Jangan jadi hamba kepada puak munafikin seperti UMNO....
Nescaya kamu akan di sentuh api neraka....

No comments:

Post a Comment