Dec 15, 2010
Ada Benarnya Berlaku Kiamat Pada 2012...!!
Kerajaan nafi Planet X akan langgar bumi-MK
Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Maximus Ongkili berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan tersebut.
Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutamanya di internet sejak tahun lalu.- Bernama
Nota :
Tiada manusia yang tahu bila berlakunya kiamat...
Kalau tahu pun hanyalah gambaran atau kelunya sahaja...
Dalam Al-Quran banyak memberi gambaran di saat berlakunya kiamat...
Contohnya ialah berlakunya kiamat hanya pada hari jumaat...
Namun apa yang di temui oleh pakar sains telah menunjukkan bahawa tanda-tanda kiamat telah ada sepertimana yang telah di terangkan dalam Al-Quran...
Oleh kerana kita dok sibuk dengan perjuangan mempertahankan Ketuanan Melayu maka kita tidak pernah cuba untuk mengkaji semua ini...
Kebetulan pulak di Malaysia menteri yang menjaga bidang ini adalah kafir...
Maka apa yang dia tahu bahawa semua ini adalah teori ahli sain saja...
Sebab itu segala kenyataan yang berkaitan dengan kehancuran dunia ini di tolak mentah-mentah dan di nafikan kebenarannya...
Kalau menteri ini tahu yang dia sendiripun ada penciptanya...
Dah tentu kenyataannya tidak sebegini...
Bagi ketuanan melayu pulak...walaupun ada di kalangan mereka yang tahu...
Namun dek kerana ego dengan kemelayuanya..maka mereka buat-buat tak nampak akan hal ini...
Maka fikir-fikirkanlah...mungkin kiamat akan berlaku pada tahun 2012..
Realiti atau fantasi...?? Kah...Kah...Kah...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment