Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 29, 2010

Bukti SPR Adalah Jentera Pilihanraya BN....!!


Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:Jangan Berkempen Sekarang Atau Dikenakan Tindakan - SPR- MStar

JOHOR BARU:Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Rabu memberi amaran kepada pihak yang berkenaan agar tidak melaksanakan sebarang bentuk kempen di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana tempoh berkempen hanya bermula pada 22 Januari depan.

Pengarah SPR Johor Othman Noh berkata mereka yang didapati berbuat demikian akan dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"Bagaimanapun setakat ini berdasarkan laporan risikan dan ejen, kami tidak menerima sebarang aduan tentang aktiviti kempen di DUN Tenang," katanya pada sidang media di sini.

SPR telah menetapkan 22 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian pada 30 Januari.

Kerusi DUN itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas.

Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 2,491 undi mengatasi calon PAS, Mohd Saim Siran.

Othman berkata SPR juga telah mula menjual borang pencalonan untuk pilihan raya kecil itu namun belum ada yang membelinya.

"Kami ada menerima beberapa pertanyaan mengenainya," kata beliau.

SPR katanya mensasarkan 80 peratus daripada 14,753 pengundi akan menunaikan tangungjawab mereka pada pilihan raya kecil ini berbanding 73.5 peratus pada pilihan raya umum lepas.- Bernama

Nota :

Kenapa SPR Marahkan sangat supaya jangan kempen di DUN tenang Sekarang..??
Ini mungkin jawapannya...
Puluhan tahun di bawah UMNO/BN....
Sungguh sedih dan daif sekali....


Ini adalah Jakan di Kampung Sawah Baru Labis, Johor....

No comments:

Post a Comment