Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 22, 2010

Cukuplah Selama 50 Tahun Kita Di Tipu...!!

PULAU PINANG TAK AKAN BUBAR DUN JIKA BN PANGGIL PRU TERGEMPAR - MI

Kerajaan negeri Pulau Pinang hanya akan mengadakan pilihan raya negeri sekitar tahun 2013, bukannya lebih awal meskipun pentadbiran Najib disebut-sebut akan memanggil pilihan raya umum ke-13 tahun depan.

Pentadbiran Pulau Pinang mahu menggunakan mandat yang ada dengan sepenuhnya untuk melaksanakan projek pembangunan fasa kedua dan menafikan kecaman pengkritik.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mansor Othman berkata, pihaknya masih yakin akan melepasi cabaran jika pilihan raya umum negeri diadakan kemudian, berasingan daripada pilihan raya nasional, walaupun ada pengkritik beranggapan langkah sedemikian tidak wajar dan boleh memerangkap mereka.

Mandat semasa akan berakhir Mei 2013.

“Buat masa ini kami mengatakan bahawa kami tidak akan memanggil pilihan raya negeri seiring dengan pilihan raya umum (nasional).

Nota:

Kalau pilihanraya boleh mengubah apa apa...
Telah lama pilhanraya di haramkan di malaysia....

Zaman UMNO ajak main guli...kita pun main guli dah tamat...
Zaman UMNO bergendang...kita yang berjoget dah lama habis...
Kah...Kah...Kah...!!

No comments:

Post a Comment