Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 24, 2010

PR Kena Lari Ke Depan Untuk Kejar Impian...!!


Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.

Kedua-dua pihak Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dikatakan sudah bersedia menghadapi pilihanraya yang dilihat sebagai ujian kepada kemampuan mereka benar-benar menguasai undi daripada pengundi berbangsa Melayu. PRK ini juga bakal melihat bagaimana kemampuan PR untuk mengesahkan kedudukan mereka di sebuah negeri iaitu Johor yang selama ini dianggap sebagai ’tabung deposit’ atau kubu kuat BN sejak negara mencapai kemerdekaannya.Bagi PR, sewajarnya kemenangan ke atas DUN Tenang pastinya memberikan satu impak kepada semangat baru apabila kebelakangan ini menghadapi banyak masalah dalaman dan perpecahan di dalam parti terutamanya di dalam PKR.

Jika PR mampu menang kali ini bermakna hala tuju yang diwar-warkan PR untuk merampas Putrajaya di dalam PRU akan datang mungkin boleh diperjudikan semula. Malah, jika PR dapat mengurangkan majoriti yang pernah diperolehi oleh penyandangnya dalam PRU 2008 juga memberi harapan cerah untuk Putrajaya ditawan.

Tenang adalah ’maruah’ UMNO dan BN

Bagaimana pula jika majoriti meningkat semula untuk BN? Pastinya ini menjadi igauan ngeri kepada PR kerana situasi berkenaan meletakkan harapan mereka menawan Putrajaya sebagai satu perkara yang mustahil.Walau apapun, BN pastinya akan melakukan sedaya yang mungkin untuk mempertahankan maruah mereka di Tenang dengan menggerakkan semangat kemenangan besar di PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada awal bulan lepas ke dalam jentera mereka di Tenang nanti.Bagi BN, mengekalkan kotak undi Melayu di Johor sebagai miliknya akan memberi persepsi kepada umum bahawa kuasa BN amat sukar dicabar adalah suatu yang diidam-idamkan oleh BN sebenarnya.

Jika mereka kalah ataupun berlakunya penyusutan majoriti yang ada walaupun menang boleh membuatkan umum mempunyai tanggapan bahawa BN terutamanya UMNO semakin lemah. Di dalam politik Malaysia yang ramai dengan mereka yang berada di atas pagar, persepsi sebegini memainkan peranan di dalam menentukan bakal siapa yang akan menjadi kerajaan sehingga di peringkat akhir di kotak undi.

Nota :

Apa yang PAS perlu lakukan sekarang bersama-sama dengan komponen lain dalam PR ialah memainkan semula sentimen rakyat supaya meningkat ke tahap ’rakyat penentu’ seperti semasa di PRK di Bukit Gantang iaitu selepas beberapa bulan BN menguasai DUN Perak dengan cara yang diragui.

Andaikata PR tetap mahukan calon dari PKR, isu dalamannya yang berlaku sebelum ini tidak cukup bagi mengambil kesempatan dalam menyemarakkan gelombang rakyat kali ini, maka PAS adalah jentera terbaik buat masa sekarang.

Namun begitu, secara jujurnya, jika PR dapat mengurangkan majoriti BN sudah cukup baik kerana ini mampu memberi semangat baru kepada PR dan menakutkan BN. Sekiranya PR menang, ia adalah satu bonus besar di dalam merealisasikan impian Putrajaya nanti.

No comments:

Post a Comment