Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Dec 19, 2010

Selamatkah Minyak RON95...??

Kereta terbakar di stesen minyak Melaka ketika hidup enjin

"Berita Harian 18 Dis 2010 KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil. Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol.

Data dari laman web BOMBA menyatakan dari tahun 2004 hingga 2008 sejumlah 9,370 kes kenderaan terbakar,

MINTA PIHAK BERTANGGUNGJAWAB SIASAT PUNCA KEBAKARAN KENDERAAN
Berita Harian 18 Dis 2010


KEJADIAN kereta meletup dan terbakar ketika menghidupkan enjin selepas mengisi minyak di sebuah stesen Petronas di Melaka pada 13 Disember lalu mungkin dianggap kes terpencil.

Namun elok jika siasatan dan kajian terperinci dilakukan untuk mengetahui punca berlaku letupan di bahagian enjin kenderaan berkenaan. Pengguna semakin bimbang memandangkan kekerapan kejadian kebakaran kenderaan yang terbabit dengan kemalangan dan ada pihak mengaitkan dengan penggunaan petrol. Hasil kajian saintifik dapat meyakinkan pengguna dan memberi jawapan sama ada kebimbangan itu berasas.

Banyak kenderaan sekarang memasang alat aksesori yang membabitkan pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kenderaan. Penggunaan bahan aksesori, misalnya untuk menjimatkan penggunaan minyak dan meningkatkan prestasi pemanduan perlu mendapat jaminan keselamatan dan kelulusan jawatankuasa panel yang terdiri daripada satu pasukan jurutera bertauliah.

Mekanik yang membaik pulih enjin kenderaan perlu mahir dan teliti, khususnya yang membabitkan sistem pendawaian elektrik kenderaan.

Mungkinkah kebakaran itu ada kaitan dengan kecuaian pemilik kereta atau pengusaha stesen minyak? Pendedahan hasil siasatan amat penting agar kita semua mengambil langkah pencegahan supaya kejadian seumpama itu dapat dielakkan.

No comments:

Post a Comment