Usahkan e-coli...Coli macam ni pun banyak kat tasik kenyir...!!!
Arahan siasat Tasik Kenyir dicemari e-coli-MK
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah diarah menyiasat kandungan air Tasik Kenyir yang didakwa dicemari bakteria Escherichia coli (e-coli).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua dari kiri), berkata keputusan siasatan itu dijangka diketahui dalam masa terdekat.
"Bakteria e-coli memang biasa terdapat di tasik-tasik, namun pada tahap tertentu yang tidak membahayakan kesihatan orang ramai.
"Kita dah arahkan pegawai kita untuk ambil sampel air itu dan lihat sejauh mana tingginya e-coli dalam air Tasik Kenyir," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan media bahawa jumlah bakteria e-coli di Tasik Kenyir berada pada tahap membimbangkan berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Terengganu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Terengganu Datuk Rahin Mohd Said, yang dipetik dalam laporan itu, bagaimanapun telah menafikannya dan berkata ia mengelirukan dan tidak tepat.
Liow berkata, kementerian akan memastikan kebersihan di Tasik Kenyir itu dijaga termasuk dengan memastikan sistem kumbahan dari tandas awam dan longkang diuruskan dengan baik.
"Kita takut saluran air dari tandas masuk ke Tasik Kenyir tapi kita akan cari juga punca dan sebab peningkatan e-coli di Tasik Kenyir," katanya.- Bernama
Nota :
Kebinasaan di bumi dan di langit adalah hasil kerja tangan manusia...
Maka tak peliklah kalau Allah hantar coli yang boleh memudaratkan manusia itu sendiri...
Mat said dok gah sangat dengan kenyir pusat bebas cukai...
Bila ada coli ni...usahkan pelancong...kera pun dah tak ingin ke kenyir lagi...
Allah bayar cash kepada makhluknya yang angkuh..bongkak dan sombong...
Kamu merancang...Allah juga merancang...
Namun Sebaik-baik perancangan adalah perancangan dari Allah SWT....
Sedar dan insaflah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment