Jan 31, 2011
Sekular Itu Jahiliyah....!!
Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid.
Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam sendiri yang jahil tentang Islam. Hasilnya, biarpun 50 tahun negara merdeka, orang bukan Islam masih belum memahami Islam sehinggalah perkara yang paling asas seperti soal larangan bersalaman antara bukan mahram pun masih dipertikaikan!
Islam adalah rahmat. Sekular pula warisan jahiliyyah. Ada yang nampaknya memarahi saya apabila saya membangkitkan soal jahiliyyah. Bahkan ada yang menafsirkan jahiliyyah hanyalah orang-orang Arab yang kafir di zaman Nabi Muhammad SAW. Sukalah saya ingatkan terhadap satu buku yang dikarang oleh Dr Muhammad Qutb yang bertajuk Jahiliyyah fil Qarnil Isyrin (Jahiliyyah di Kurun ke-20). Ini bukti saya bukannya orang pertama yang menyatakan jahiliyyah wujud di zaman ini.
Sukalah saya ulangi, setiap perkara yang bertentangan dengan Islam ialah jahiliyyah. Datangkanlah apa jua jenis nama ideologi sekalipun, jika tidak selari dengan Islam, pastinya ia jahiliyyah walaupun tidak memakai nama jahiliyyah. Ia seperti menggelarkan zina dengan seks bebas, sekalipun nama berbeza dan dilembutkan nadanya, ia tetap zina. Dadah disebut morfin, heroin dan sebagainya, ia tetap dadah. Arak pula digelar minuman keras dengan pelbagai jenama, hakikatnya ia tetap arak yang diharamkan. Demikianlah sekularisme, nasionalisme, komunisme, sosialisme dan ism-ism yang diasaskan oleh manusia moden tetap merupakan benih jahiliyyah. Setiap masa dan saat, kita diberikan dua pilihan, Islam atau jahiliyyah. Pilih Islam ertinya selamat, menentang Islam bererti memilih jahiliyyah.
Ada yang berkata jahiliyyah hanyalah bermakna bodoh. Ini satu tanggapan yang salah. Tidakkah orang-orang Arab di zaman nabi merupakan orang-orang yang cerdik. Mereka pakar di dalam perniagaan, pakar peperangan dan pakar bahasa. Gelaran jahiliyyah bukanlah kerana mereka bodoh tetapi kerana mereka menolak Islam. Justeru Allah SWT berfirman :
أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Yang bermaksud : “Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin.” Surah Al-Maidah ayat 50.
Saya ingin bertanya kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang begitu kuat menghentam saya, benarkah perjuangan UMNO berlandaskan Islam? Jika benar, rujuklah kembali kepada al-Quran dan al-Hadis sebagai dasar. Hairan saya, Timbalan Perdana Menteri sendiri boleh menakut-nakutkan kaum Cina di Tenang, Johor dengan negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Dalam masa yang sama, PAS dituduh sebagai kuda tunggangan DAP. Jika TPM sendiri menyebut PAS tidak pernah menggugurkan agenda negara Islam, UMNO pula bagaimana? Difahami daripada kenyataan tersebut, UMNO tidak akan membawa Islam sebagai agenda perjuangannya. Hairan, jika disebut jahiliyyah mereka melenting, tetapi mereka sendiri menolak Islam. Situasi ini mengingatkan saya kepada bait-bait syair Iqbal, seorang penyair Paskitan ketika mengumpamakan senario umat Islam pada hari ini : Ke bumi tidak jatuh, ke langit tidak naik, sembah berhala pun tidak, sembah tuhan pun enggan.
Islam mengajar selepas mati ini akan nada hidup di akhirat. Sayang sekali, hidup akhirat ini tidak pernah meniti di bibir pimpinan UMNO. Sedangkan kepercayaan kepada hari akhirat merupakan tonggak kepada rukun iman dan Nabi Muhammad SAW seringkali mengingatkan dalam banyak hadisnya : “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat……” Islam mengajar dunia ini milik Allah SWT, dipinjamkan kepada manusia sebagai khalifah. Sekular mengajar bahawa manusia berhak melakukan apa saja yang dikehendakinya apabila berkuasa. Islam mengajar bahawa setiap perbuatan manusia akan diadili di akhirat, jika baik natijahnya syurga dan jika tidak, natijahnya ialah neraka. Pernahkah syurga dan neraka disebut di daam ajaran sekular yang didokong oleh UMNO?
Ajaran sekular hanya memikirkan soal bagaimana untuk berkuasa. Etika dan undang-undang boleh diketepikan apabila tidak berpihak untuk mereka. Lihatlah di Tenang, dijanjikan peruntukan RM30 juta tanpa sedikitpun dijeling oleh SPRM. Barangkali bagi mereka, pengundi di Tenang boleh dibeli seperti membeli binatang ternakan. Rasulullah SAW hadir dengan membawa makanan roh bukannya makanan fizikal semata-mata seperti yang diamalkan oleh UMNO. Rasulullah SAW hadir bukan dengan menjanjikan projek seperti yang diibawa oleh UMNO kerana manusia memerlukan bukan hanya makanan fizikal tetapi juga makanan roh. UMNO masih beum cukup serik mempermainkan rakyat kerana hanya itu yang termampu dilakukan oleh mereka.
Seruan saya, baliklah kepada Islam. Islam yang adil, Islam yang membawa rahmat dan Islam yang menjanjikan kemenangan. Saya ulangi kembali pesanan saya kepada jentera pilihanraya PAS di Dun Tenang, kita bukannya memburu kemenangan di dalam pilihanraya di dunia semata-mata, tetapi kita memburu kemenangan di akhirat. Hari ini, PAS tewas di Tenang, namun PAS berpuas hati kerana telah melaksanakan tugas amar makruf nahi munkar. Adapun UMNO, bolehkah perjuangan mereka dibawa ke akhirat? Fikirkanlah.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Kg Pulau Melaka...
Terima Kasih Dari Cikgu Mala....!!
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, pembaca setia blog ini, pengikut blog ini, blogger-blogger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.
Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.
Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Sekian dari kami sekeluarga.
Kenapa Rakyat Mesir & Tunis Memberontak...??
"Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu.
Lihat & Saksikanlah....!!
Nota:
Di tunis ada first lady
Di mesir ada first lady
Di malaysia ada fat lady
Kah....Kah...Kah...
Jan 30, 2011
Laman Web FLOM Kini Di Tutup....!!
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata, penutupan laman Pejabat Wanita Pertama (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri membuktikan kerajaan takut kewujudan pejabat itu didedah kepada umum.
Zuraida percaya halaman berkenaan dipadamkan kerana Najib mahu menyorok sesuatu dari pengetahuan rakyat berhubung pejabat itu. Namun katanya, tindakan itu sudah terlambat kerana rakyat sudah mengetahuinya.
“Saya yakin beliau ada sesuatu yang mahu disorokkan dengan menurunkan laman berkenaan. Malangnya, rakyat sudah jauh lebih cerdik sekarang ini maka tindakan sedemikian sudah dapat rakyat hidu dari awal lagi,” kata Zuraida.
Menurutnya, sekiranya benar kewujudan pejabat itu sah dari segi peraturan, mengapa Jabatan Perdana Menteri memadam laman berkenaan, yang turut menyenarai nama pegawai yang bertanggungjawab terhadap Rosmah.
“Sekiranya benar, mengapa kerajaan takut sehingga terpaksa menutup laman berkenaan? Jika tidak, mengapa Najib masih tidak menjawab,” soalnya.
Rosmah sebelum ini dilapor mempunyai pejabat sendiri dikenali sebagai Bahagian Wanita Pertama Malaysia (F.L.O.M) di Jabatan Perdana Menteri, yang berfungsi khusus untuk menjaga hal-ehwal serta lawatan ke luar negara isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Pendedahan KeadilanDaily.com sebelum ini turut memuatkan sekali pautan ke muka surat laman web bahagian berkenaan namun semalam, laman itu dipadamkan dan tidak lagi dapat ditemui pada laman web Jabatan Perdana Menteri.
Dalam perkembangan berkaitan, Zuraida berkata kebangkitan rakyat Tunisia yang menentang Perdana Menteri yang tidak mampu mengawal isterinya sendiri, tidak mustahil akan turut merebak ke Malaysia dalam jangka masa terdekat.
Beliau merujuk kepada kejatuhan bekas Presiden Tunisia, Zine al Abidine Ben Ali yang terpaksa melarikan diri daripada negaranya akibat kemarahan rakyat terhadap isterinya, Laila Trabelsi yang rakus menghabiskan harta negara.
“Jika dilihat di negara kita sendiri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri gagal mengawal isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Sehingga kini beliau hanya menikus apabila diminta memberi penjelasan berhubung pejabat Rosmah di Putrajaya,” kata Zuraida.
Rakyat Mesir Dah Sedar..Rakyat Malaysia Bila Lagi..??
Situasi di Mesir semakin getir apabila sekurang-kurangnya 74 orang maut manakala lebih 2,000 lagi cedera selepas puluhan ribu penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan pada ‘Hari Kemarahan’ kelmarin.
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
Semalam bantahan rakyat merebak hampir ke semua bandar besar di Mesir.
Di tiga bandar utama negara itu iaitu Kaherah, Iskandariah dan Suez, perintah berkurung waktu malam dikuatkuasakan tetapi gagal meredakan tunjuk perasaan.
Dalam senario huru-hara di sini, kereta-kereta perisai cuba merempuh kumpulan orang ramai dengan anggota-anggota polis menembak gas pemedih mata, peluru getah dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Beberapa sumber perubatan berkata,kebanyakan penunjuk cedera akibat terkena tembakan pasukan keselamatan.
Selain kematian dan kecederaan, banyak bangunan dan kereta turut dibakar dalam kekacauan besar-besaran di ibu kota Mesir berkenaan.
Bantahan rakyat yang masuk hari keempat kelmarin, menyaksikan berpuluh-puluh ribu orang mengepung polis di sini.
Mereka turut berhimpun di sebuah jambatan yang menghubungkan sungai Nil untuk bertempur dengan pasukan keselamatan di sini yang setakat ini menyebabkan puluhan orang maut dan 1,030 cedera.
“Tunjuk perasaan ini bukan mencabar pentadbiran semasa. Tujuannya hanya satu. Ia adalah kerana anda (Hosni), anda patut pergi! Cukuplah apa yang anda lakukan kepada rakyat!” kata seorang penunjuk perasaan di sini.
Di bandar Suez, timur Mesir pula, deretan kereta kebal tiba di lokasi itu kelmarin selepas 13 orang maut dan sebuah balai polis dibakar perusuh.
Sekurang-kurangnya enam lagi turut maut di bandar Iskandariah, dengan sebuah bangunan pemerintah hangus dibakar manakala dua penunjuk perasaan terbunuh di bandar Mansoura.
Menjelang waktu malam semalam, ibu pejabat parti pemerintah, Parti Demokratik Nasional di sini dibakar diikuti kumpulan perusuh menyerbu masuk ke dalam bangunan stesen televisyen pemerintah.
Gelombang kebangkitan di Mesir kali ini menyusul selepas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali ditumbangkan oleh kuasa rakyat pada 14 Januari lalu.
Di Mesir, bantahan besar-besaran itu diadakan bagi menumbangkan pemerintahan tiga dekad Presiden Hosni Mubarak.
Rata-rata, rakyat memprotes kadar pengangguran dan kemiskinan yang melambung di Mesir selain berleluasanya rasuah.
Dalam usaha menyekat kebangkitan rakyat, pemerintah menggunakan pelbagai taktik termasuk kekerasan. Malah, perkhidmatan telefon bimbit dan Internet turut disekat. Namun, semua itu gagal membendung kemaraan rakyat.
Sehingga semalam, bilangan penunjuk perasaan bertambah hingga mencecah kepada puluhan ribu orang.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Hosni, 82, muncul di kaca televisyen buat kali pertama kelmarin dalam empat hari sejak kebangkitan rakyat bermula.
Beliau bagaimanapun, mengumumkan bahawa tidak akan sesekali berundur.
Sebaliknya, Hosni menawarkan untuk melaksanakan langkah-langkah demokrasi, bermula dengan pemecatan Kabinet.
“Saya akan memberi lebih kebebasan sekiranya rakyat patuh pada undang-undang,” katanya.
Menurutnya, Kabinet baru Mesir akan dibentuk pada hari ini.
Sementara itu, bekas ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Mohamed El-Baradei, 68 dikenakan tahanan rumah oleh polis kerana menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Mesir kelmarin. – Agensi
Sah...Polis Adalah Parti Komponen BN...!!
Ini Buka Fitnah...Ini Adalah Fakta...!!
ARAHAN POLIS DAN SPR MAHU SELAMATKAN BN – HD
Arahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada parti politik khususnya Pakatan Rakyat sewaktu berkempen di Dun Tenang lebih bersifat "menyelamatkan BN".
Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim berkata, tindakan pihak polis menghalang pengguna kenderaan mengibarkan bendera parti pada kenderaan mereka seolah-olah dipengaruhi oleh pihak tertentu.
Namun katanya, pada masa yang sama SPR membenarkan baju mempunyai logo 1Malaysia dipakai di tempat mengundi.
"Polis mengeluarkan arahan supaya semua kenderaan berhenti mengibar bendera parti pada kenderaan yang disifatkan seperti berkempen tanpa permit.
"Saya berasa hairan dan ajaib kerana dalam masa yang sama SPR mengesahkan sekali lagi lagi bahawa lambang 1Malaysia pada baju dibenarkan dipakai di tempat mengundi.
"Nampaknya kedua agensi ini saling mengeluarkan arahan yang menampakkan satu langkah untuk menyelamatkan BN," katanya yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.
-------------------------------------------------------------
Kah...Kah...SPR INI MEMANG BARUA BN…...
Kah..Kah....POLIS PULAK JADI GENGSTER BERLESEN UNTUK BN.....
Kah..Kah...KALAU DUA KUMPULAN INI TAK ADA....
Kah...Kah...KITA DAH JADI SENANG LENANG....
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH....KALAU MEREKA TAK ADA… DAH LAMA BN BERKUBUR....KAH...KAH...KAH....
Utusan Malaysia Tak Laku....!!
Nak buat macam mana..?? Bila baca Utusan Meloya rasa nak termuntah...!!
SYARIKAT SIMEN LAFARGE TAJA 5,000 NASKAH UTUSAN MALAYSIA – UM
Syarikat simen, Lafarge Cement Sdn. Bhd., telah menaja 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bernilai RM4,896 untuk diagihkan kepada enam buah sekolah di Pasir Gudang dan Pontian, dekat sini.
Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. Zon Selatan, Mohd. Asri Jantan berkata, sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Pasir Putih dan SK Perigi Acheh.
Kata Mohd. Asri, turut menerima tajaan tersebut ialah SMK Telok Kerang iaitu satu-satunya sekolah dari Pontian.
Menurutnya, menerusi penajaan tersebut sekolah terbabit mendapat sisipan pendidikan ADaP, akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Rabu bagi sekolah rendah, manakala pada hari Khamis untuk sekolah menengah.
Nota:
Kesian...sedih....
Mintalah kerajaan supaya tangkap harakah....
Tangkap juga Suara keadilan & roket....
Tutup malaysia kini
Tutup malaysia today
Tutup malaysian digest
Tutup malaysian insider
Dan paksa semua murid sekolah
Paksa semua tentera beli meloya
Kah...Kah...Kah....!!
SYARIKAT SIMEN LAFARGE TAJA 5,000 NASKAH UTUSAN MALAYSIA – UM
Syarikat simen, Lafarge Cement Sdn. Bhd., telah menaja 5,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bernilai RM4,896 untuk diagihkan kepada enam buah sekolah di Pasir Gudang dan Pontian, dekat sini.
Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. Zon Selatan, Mohd. Asri Jantan berkata, sekolah-sekolah terbabit ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2, SK Pasir Gudang 3, SK Pasir Putih dan SK Perigi Acheh.
Kata Mohd. Asri, turut menerima tajaan tersebut ialah SMK Telok Kerang iaitu satu-satunya sekolah dari Pontian.
Menurutnya, menerusi penajaan tersebut sekolah terbabit mendapat sisipan pendidikan ADaP, akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Rabu bagi sekolah rendah, manakala pada hari Khamis untuk sekolah menengah.
Nota:
Kesian...sedih....
Mintalah kerajaan supaya tangkap harakah....
Tangkap juga Suara keadilan & roket....
Tutup malaysia kini
Tutup malaysia today
Tutup malaysian digest
Tutup malaysian insider
Dan paksa semua murid sekolah
Paksa semua tentera beli meloya
Kah...Kah...Kah....!!
Jan 29, 2011
Ya ALLAH Ya Rabb, Kami Memohon Kepada Engkau...!!
Selawat dan Salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda.
Wahai yang tidak diberatkan dengan permintaan-permintaan orang yang meminta-minta. Wahai Zat yang tidak jemu dengan permintaan orang yang meminta dengan sepenuh hati. Wahai ALLAH, rasakanlah kami kedinginan ampunan-MU, dan kemanisan rahmat-MU.
Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.
Selamatkanlah negara kami Malaysia daripada segala bencana dan malapetaka. Kiranya kami melakukan kesilapan dalam memilih pemimpin kami, maka berilah kekuatan kepada kami untuk berani merobah dan menebus kesilapan kami.
Ya ALLAH Ya Rabb, kami memohon kepada Mu.
Sekiranya kami dan pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini telah lalai menegakkan kemuliaan Agama MU, maka sedarkanlah kami dan mereka, wahai ALLAH.
Sekiranya para pemimpin kami yang berselerakkan di negara ini dengan sengaja mempermudah dan enggan menegakkan kemuliaan Agama MU, maka, kami mohon kepada MU Wahai ALLAH, laknatilah mereka dan jauhkanlah mereka daripada tampok pemerintahan negara kami kerana kezaliman dan kemunafiqkan mereka.
Ya ALLAH Ya Rabb, kiranya hamba MU, Normala binti Aminah telah Engkau takdirkan sebagai pemimpin kami, maka kami mohon pertolongan Engkau wahai ALLAH, permudahkanlah usaha dan perjuangan kami dalam majlis penentuan pemimpin kami di bumi milik Engkau ini.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kurniakanlah dan iringilah majlis penentuan kami ini dengan rahmat Mu dan akhirilah majlis penentuan ini dengan kemenangan kepada hamba Mu Normala binti Aminah.
Ya Rabb, sepertimana kasihnya kami kepada Normala binti Aminah, mohon kami kepada Engkau Ya Allah, limpahilah, kurniakanlah dan cucurilah kasih Engkau kepada hamba Mu Normala binti Aminah kerna sesungguhnya kasih Engkau adalah nikmat yang penuh hikmah.
Ya ALLAH Ya Rabb, kurniakanlah kepada kami daripada rezeki Engkau yang halal. Berkatilah kami pada ahli, harta dan keluarga, jauhkanlah kami daripada kejahatan yang didatangkan pada waktu malam dan siang. Dan cukuplah kepada ALLAH sebaik-baik tempat bagi kami memohon, berlindung dan berserah.
Selawat dan salaam ke atas Penghulu kami Muhamad saw, keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Dan segala puji bagi ALLAH.
Ameen Ya Rabb.
Ini Semua Adalah Kerja Iblis...!!
Tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas muka Anwar Ibrahim ialah beliau terlibat dengan penganas seperti yang dilaporkan oleh CNN.
Dalam tempoh kempen yang berbaki dua hari lagi di DUN Tenang, dipercayai isu ini akan dimanipulasi sepenuh oleh media saluran iblis untuk bercakap akan menuduh dan mengheboh bukan sahaja di Tenang malah ke seluruh Negara sepertimana puak-puak iblis ini mempromosikan isu liwat Anwar yang dibocorkan oleh WikiLeak, yang dikatakannya benar, tidak yang benar, melainkan benar-benar belaka.
Tetapi atas sifatnya sebagai ‘syaitan' dan ‘dajal' bermata satu, maka isu Najib yang turut didedahkan oleh WikiLeaks yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shariibuu, seorang pemimpin yang lemah yang tidak layak mentadbir,dan menyifatkan Najib sebagai pemimpin oportunis tidak didedahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian. Berikutan tuduhan terbaru itu, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mengarahkan pasukan polis melakukan siasatan segera tehadap Anwar. Dengan kuasa yang ada ditangan, Hishammuddin membersihkan sepupunya dengan menyatakan ia tidak kena mengena dengan Najib. Ia hanya laporan CNN yang mengaitkan Anwar dengan sebuah pertubuhan pengganas.
Dijangkakan pihak polis akan melakukan siasatan segera ke atas Anwar. Bersiap sedialah engkau Anwar. Pada pandangan saya, Anwar Ibrahim bukan seorang penakut. Beliau adalah seorang pahlawan dan wira rakyat di abad ini. Kalau beliau seorang penakut dan dayus, sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara pada tahun 2004 dulu, beliau akan menyokong puak-puak iblis dan dajal ini, buat apa beliau mencari susah seperti yang beliau hadapi sekarang ini. Anwar akan menjadi kaya-raya dan hidup senang, tetapi beliau memilih jalan yang berliku-liku dan penuh dengan duri. Ikut ceritanya, tahun lalu, Najib Razak memohon Arab Saudi menjalankan penyiasatan berhubung dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk itu untuk kempen pada PRU ke-13 yang akan datang. Kemudian, menurut stesen berita antarabangsa, CNN yang telah pun melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.
Sebelum itu pun, Anwar telah dituduh dan dilebel macam-macam. Anwar pernah dituduh sebagai pengkianat bangsa, Anwar merupakan "alat" CIA dan macam-macam tuduhan dilakukan oleh puak-puak ini, yang mereka tidak perlakukan ialah menghala muncung pistol ke atas kepala Anwar. Jadi, Hishammuddin menggunakan isu pengganas bagi mengacau Anwar dari terus berkempen (selepas di Tenang, di Merlimau, Melaka pula) mendedahkan kerja-kerja jahat puak-puak syaitan dan dajal ini lakukan selama ini yang menjahanamkan system pentadbiran ini. Berbillion duit Negara ini dibawa keluar negeri tidak gila untuk menyiasat, asyik-asyik mencari kesalahan orang, kesalahan diri sendiri salah mengurus tadbir kehidupan rakyat dan Negara tidak dipedulikan. Sombong dan angkoh. Sedikit teguran dibuat, guna polis untuk menakut-nakutkan rakyat. Pihak polis pun saya rasa mulai meluat melihat perangai puak-puak ini, tetapi apa buat, mereka kerja makan gaji, kena ikut perintahlah.
Mari kita tenguk pula kes ini. Pada 20 Januari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Malaysia tersenarai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu, menurut laporan sebuah pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI). Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008. Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion. Laporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia. Aliran wang haram dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008. Oh, dengan sepintas kilat Mukhriz Mahathir bertindak menjadi hakim, pendakwaraya dan peguambela kerajaan tidak akan menyiasat dakwaan kerana Bank Negara dapat mengurusnya dengan baik dan bijaksana. Dengan angkoh dan sombong beliau berkata melalui Bank Negara kita tahu berapa jumlah aliran sebenarnya, jadi sukar mempertimbangkan angka (dari GFI) sebagai fakta. Tetapi, kalau orang lain yang melakukannya akan terjadi sebaliknya. Keluarlah hujah kita mesti siasat, ini hak rakyat, rakyat mesti dibela dan sebagainya ayat-ayat yang menyedapkan telinga yang mendengar, tetapi dalam hati mendidih. Kita tidak rasuah, kita tidak makan komisyen dan kita tidak,kita tidak dan selalunya "tidak".
Lihat kes sahabat baik Mansor Mohamad, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis supaya pihak polis menyiasat Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah Mansor sewaktu Azahar menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat. Adakah polis bertindak? Sampai sekarang polis mendiamkan diri. Apa fasal sebab ia melibatkan kepentingan UMNO. Oleh itu, padanlah apabila Mursyidul Am PAS Tok Guru Haji Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah . Bukan setakat ‘jahiliah', jahiliah itu masih lagi merupakan bentuk sebagai seorang manusia, tetapi bagi saya mereka adalah ‘lembu' pawahan, yang tahu makan, berak dan buat anak sahaja. Tidak otak. Otak yang dianugerah Allah tidak digunakan, sebaliknya menggunakan kepala lutut untuk berfikir. Oleh sebab itu, UMNO bermaharalela memerintah. Bersultan di mata, beraja di hati. Rakyat bertambah susah, pemimpin bertambah kaya raya sehinggakan isteri boleh melancung ke luar Negara ambil alih tugas menteri berbelanja sakan. Dia ingat harta rakyat, harta makbapak dia. Dia boleh boleh ikut suka hati dia.
Menang Atau Kalah Hanya Ketentuan Illahi....!!
"Esuk, 30 Januari 2011, seramai 14, 735 orang pengundi di DUN Tenang akan memutuskan ‘siapa’ yang mereka akan pilih untuk menjadi wakil rakyat bagi menjaga kemaslahan kehidupan mereka pada hari-hari mendatang. Sama ada Cik gu Normala Sudirman atau Mohd Azahar Ibrahim akan dipilih terpulanglah kepada pengundi-pengundi untuk menentukannya. Dalam pilihan raya tidak ada keputusan seri seperti yang terjadi dalam permainan bola sepak.
Sekiranya UMNO memenangi kerusi ini, saya tidak hairan langsung kerana kemenangan UMNO bukan kemenangan hakiki. UMNO tidak berupaya membawa kebenaran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Kemenangan UMNO seperti kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih ada lagi manusia berfikiran ‘JAHILLIAH’ sepertimana yang berlaku di zaman Rasullullah di Mekah dulu. Bukan main hebat seruan dakwah Nabi bagi menentang pemikiran yang dipasakkan oleh Abu Jahal dan sekutunya ke dalam fikiran dan kehidupan masyarakat Mekah ketika itu. Kehebatan Baginda sebagai rasul pun tidak berupaya mengubah minda masyarakat Mekah yang sudah lama dikuasai dan dikongkong oleh Abu Jahal. Hal serupa berlaku di Negara ini, bagaimana UMNO menggunakan strategi dan taktik yang digunakan oleh Abu Jahal dulu. UMNO hanya mengulangi sejarah apa yang dilakukan oleh Abu Jahal ke atas masyarakat Mekah ketika itu dan disesuaikan dengan keadaan semasa ketika berhadapan dengan masyarakat Malaysia (kini di DUN Tenang).
Kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan adalah lumrah kehidupan yang pasti ditempuh setiap manusia apatah organisasi parti seperti parti PAS dan lain-lainnya. Namun, tidak semua orang dapat menerima berita kejayaan mahu pun hakikat kegagalan dengan hati terbuka. Begitulah cermin kehidupan yang dapat kita gambarkan melalui pengalaman hidup. Setiap daripada kita pasti merasai saat dan detik itu. Ada masanya kita mengecapi kejayaan dan berada di kemuncak kemenangan dan ada kala kita diuji dengan kegagalan serta kepahitan yang sukar untuk diterima.
Al-Quran memberikan isyarat jelas mengenai sunnah kehidupan yang mewarnai kehidupan ini di bawah ketentuan dan ketetapan Allah. Dalam surah Ali ‘Imran, Allah merakamkan peristiwa kekalahan yang memeritkan dialami tentera muslimin apabila mereka kalah teruk kepada tentera Quraisy dalam peperangan Uhud walaupun sebelum itu mereka merintis kejayaan penuh gemilang pada peperangan Badar al-Kubra. Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang yang beriman (daripada dosa mereka) dan membinasakan orang kafir.” – (Surah Ali ‘Imran, ayat 140-141)
Meminjam kata Syed Qutub dalam kitab tafsirnya Fi Zilalil Quran (Di bawah bayangan al-Quran) ketika menafsirkan ayat itu, beliau menjelaskan bahawa kekalahan itu ada tersurat dan tersirat hikmahnya yang tersendiri.Antara hikmah itu ialah setiap Muslim sewajarnya menginsafi dan menyedari bahawa kemenangan sebenarnya adalah hasil atau natijah yang bertitik tolak daripada daya usaha serta perjuangan manusia sendiri. Justeru, mereka tidak boleh berpeluk tubuh dan mengharapkan kemenangan dengan hanya menanti faktor bantuan mukjizat Ilahi.
Selain itu, peristiwa berkenaan mengungkapkan satu pengajaran bahawa kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya ia banyak dipengaruhi pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesuatu kejayaan diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti.
Malaysia di bawah tadbiran Najib, selepas PRU ke-12 lalu, sepatutnya kita akan menyaksikan 20 pilihan raya kecil. 6 parlimen dan 14 DUN, tetapi hanya 9 kerusi DUN sahaja dipertandingkan. DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang (Perak), Kota Seputeh (Kedah) dan Pelabuhan Klang (kemungkinan besar) tidak dipertandingkan kerana SPR adalah alat UMNO. Dari 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan, Pakatan Rakyat menang 4 kerusi (Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Sibu) dan UMNO/BN menang 2 kerusi (Hulu Selangor dan Batu Sapi).
Manakala kerusi DUN pula, dari 9 kerusi, Pakatan menang 4 kerusi (Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan UMNO/BN menangi 3 kerusi (Batang Ai, Bagan Pinang dan Galas), manakala kerusi DUN Tenang dan Merlimau belum tahu lagi milik siapa lagi. Apa pun (jika Tenang dan Merlimau dimenangi oleh UMNO) ia bukan petunjuk sebenar yang menunjukkan UMNO kembali disokong oleh rakyat. UMNO menang, bukan kemenangan hakiki kerana ia disokong oleh orang-orang berfikiran ‘JAHILLIAH’ masih ramai yang mahukan system pentadbiran diuruskan secara songsang. Masih ramai mahukan rakyat terus berada dalam kemiskinan, asalkan pemimpin terus kekal kaya-raya, boros dan membazir menggunakan duit/harta rakyat dan bebas melakukan amalan rasuah semahu-mahunya supaya Negara cepat bangkrap.
Perkara ini dapat dibuktikan pada PRU ke-12 lalu, UMNO/BN mengalami kekalahan paling memalukan dan paling buruk dalam sejarah sejak merdeka. Kuasa 2/3 UMNO di parlimen dapat dihapuskan dan UMNO hilang 5 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan KL) jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sungguh pun, sebelum itu selepas PRU ke-11 tahun 2004 (pilihan raya kecil turut diadakan), 6 pilihan raya kecil DUN (kerusi parlimen tiada yang kosong) terpaksa diadakan iaitu di DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok. Dari 6 kerusi, Pakatan (ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif) tidak memenangi sebarang kerusi, semuanya disapu bersih oleh UMNO/BN. Tetapi apa terjadi pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Stunami politik berlaku menyebabkan ia meruntuhkan kekuasan politik Abdullah Ahmad Badawi.
Kesimpulannya, apa pun keputusan yang dibuat oleh pengundi-pengundi di Tenang pada 30hb ini, UMNO kena ingat bahawa rakyat sudah muak dan lali dengan cara kempen UMNO menggunakan jentera kerajaan seperti balairaya, Jabatan Penerangan, Kemas, Risda, media massa semata-mata untuk meraih undi. Selain itu, politik rasuah (politik wang), ugut, janji, penipu dan sebagainya. Kemenangan dan kekalahan adalah salah satu perjalanan hidup yang pasti dilalui setiap insan. Apa yang penting, tidak kira sama ada kemenangan mahu pun kekalahan, sebagai seorang Islam semestinya bersedia untuk terus tabah berjuang menyusuri liku hidup yang penuh onak dan duri. Jangan kita alpa dibuai kemenangan dan jangan berduka nestapa atau bersikap pesimis apabila berhadapan kekalahan dan kegagalan.
"NYAHKAN UMNO, RAKYAT SEJAHTERA"
Kempen Selamatkan Malaysia...!!
RAMON: ALIRAN KELUAR WANG HARAM MALAYSIA PERLU DISIASAT - MK
Terdapatnya keperluan untuk menyiasat dan mengambil tindakan pemulihan seandainya perlu, berhubung dengan laporan aliran keluar kewangan haram dari Malaysia, kata Pengerusi Pusat untuk Kajian Dasar Awam Institut Kajian Strategi & Kepimpinan (ASLI), Ramon Navaratnam.
Baru-baru ini, laporan oleh pemantau kewangan, Integriti Kewangan Global (GFI) menyebut yang aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 ialah RM67.7 bilion (US$22.2 bilion) dan lapan tahun kemudian, ia melambung kepada RM208 bilion (US$68.2 bilion).
"Kita perlu tanya diri kita sendiri mengapa wang ini keluar," kata Ramon kepada pemberita di Persidangan ke-13 Tinjauan Strategik Malaysia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.
-----------------------------------------------------------------
Woit... POOOORAAAh....
Kah...Kah...APA JADI DENGAN LAPORAN POLIS PUAN SERI FLOM BAWA LARI DUIT KE DUBAI...
Kah...Kah...APA JADI DEGAN LAPORAN POLIS MAT HASASN N9 BAWA LARI DUIT KE LONDON...
Kah...Kah...AIMAN TAK KISAH...JUMLAHNYA BUKAN RATUS RATUS.... TAPI JUTA JUTA....
Suami FLOM Mengelabah...!!
NAJIB DESAK SAUDI SIASAT PEMBERI DANA ANWAR - MK
Najib Razak pada tahun lalu telah dilaporkan memberi tekanan kepada Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum akan datang.
Menurut stesen berita antarabangsa, CNN - yang telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu - menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayai Anwar.
Najib didakwa mengadu kepada kerajaan Arab Saudi, kononnya dua putera kanan negara itu terbabit dengan pemberian dana berkenaan.
"Tidak ada bukti pegawai Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama dihapuskan] adalah tanpa asas,” kata CNN yang membuat ringkasan daripada sembilan mukasurat laporan rahsia berkenaan.
JAWAPAN RESMI DARI ANWAR
Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk:
“Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda”
memperlihatkan ketakutan Najib untuk
berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum
yang akan datang.
Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu
menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu
menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada
Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab
Saudi yang menyokong dan membiyai saya
untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.
Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta
rekayasa Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat
yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat
terhadap usaha kami demi menyelamatkan
Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan
oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta
ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.
Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen
yang mengandungi hasrat serta
saranan Pakatan Rakyat demi
menyelamatkan Malaysia dari terus parah
akibat kerakusan dan ketidakcekapan
pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa
takut Najib.
Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi
upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat.
Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat
tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman
demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.
Ketakutan ini malah membuat beliau enggan
berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan
ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri
tidak segan silu menyerang saya secara peribadi
sedangkan hasrat debat terbuka itu
semata-mata mahu menyampaikan maklumat
yang tepat kepada rakyat Malaysia.
Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri
sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan
tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya.
Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin
Perubahan yang bakal melanda.
Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai
mual dengan segala macam kebobrokan.
Kepimpinan Umno-BN sebenarnya
fobia dengan kemaraan rakyat.
ANWAR IBRAHIM
Siapa Yang Songsang....??
FATWA SONGSANG NIK AZIZ KELIRUKAN MASYARAKAT : MUHYIDDIN – UM
Muhyiddin Yassin berkata, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang yang mengelirukan masyarakat.
Menurut Muhyiddin, tidak wajar Nik Aziz melabel umat Islam yang tidak menyokong Pas sebagai jahil atau bodoh.
Umat Islam di negara ini, kata Muhyiddin, mengikut fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dan pengundi di Dewan Undangan Negeri tidak menyokong Pas bukan bermakna mereka bodoh.
"Apakah penduduk Labis jahil kerana tidak sokong Pas? Sebagai seorang bertaraf tok guru beliau tidak sewajarnya mengeluarkan fatwa songsang, kita di Johor berasa tersinggung," katanya.
Nota:
Memang betul.....
mereka yang mengundi BN adalah bangang....
Ini tak perlu kepada fatwa....ini adalah fakta
Kah....Kah....Kah
Sunnah wal rasuah ini ada banyak fatwa yang songsang :
1 - rasuah ok
2 - ISA ok
3 - tipu ok
4 - judi ok
Yang tak ok bila china berani masuk masjid...
Kah...Kah...Kah...
Sendiri Mau Ingat Laaa....!!
MP GOBALAKRISHAN LEPASKAN SEMUA JAWATAN PKR -MI
Bekas calon naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Gobalakrishnan, yang juga anggota Parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam PKR.
Pengumuman itu yang dibuat menerusi akaun Twitter beliau, juga menyebut bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerjanya melalui sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang baru.
Nota:
Bila jumpa ular
Kemudian jumpa madey
lepas tu jumpa pulak gobala
Anda kena ketuk kepala gobala dulu
Kemudian ketuk kepala madey
Dan akhir sekali selamatkan ular....
Kah...Kah...Kah....
Jan 27, 2011
Menantu Ayah Pun Menyampah....!!
Akta penerbitan, jangan jumud dan undur belakang-Khairy Jamaluddin-MK
Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat sama ada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.
Bagi saya ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.
Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain?
Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.
Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini. Malahan, saya sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.
Jika kita melihat kepada statistik siber, 84 peratus daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah.
Mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.
Lantaran itu, janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.
Nota :
Tidak ada orang yang tak kata bangang....
Tidak ada orang yang bersetuju dengan cadanga kerajaan ini...
Ini adalah tindakan orang yang jakun....
Ini adalah orang yang tak bertamadaun....
Ini adalah tindakan orang yang terdesak...
Ini adalah tindakan orang yang bodoh...
Tengok...menantu ayah pun turut marah....
Kah...Kah...Kah....!!
Solat Hajat Untuk PAS Di Tenang Malam Ini....!!
LABIS, 27 Jan: PAS meminta dan merayu semua ahli dan penyokongnya agar menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu malam Jumaat agar calon parti itu berjaya dalam pilihan raya kecil Tenang.
Pengarah Pilihan Raya PAS Tenang, Salahudin Ayub berkata, permintaan itu ditujukan kepada seluruh peringkat organisasi PAS agar menganjurkan solat hajat khusus malam ini.
"Saya memohan agar semua ahli dan penyokong PAS menunaikan solat hajat khas malam ini iaitu pada Jumaat yang mulia ini, memohon agar diberikan kekuatan oleh Allah kepada jentera kita yang sedang bertungkus lumus di Tenang ini yang kini hampir sampai ke garisan penamat.
"Minta pohonkan juga kepada Allah agar perjuangan dan calon kita diberikan perlindungan dari sebarang perbuatan khianat atau rancangan jahat atau sebarang gangguan dari pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Pengundi Tenang akan membuang undi Ahad 30 Januari ini selepas penamaan calon berlaku 22 Januari lalu.
PAS meletakkan Normala Sudirman atau Cikgu Mala manakala BN meletak Mohd Azahar Ibrahim atau Tok Ai.
Sehingga ini, segla perancangan jentera PAS berjalan dengan baik bahkan banyak isu-isu yang datang membantu mereka.
Menurut Salahudin, banyak kawasan-kawasan yang selama ini kubu Umno berjaya ditembusi dan penduduk menerima baik kunjungan jentera dan juga calon PAS sendiri.
Sebelum ini, Mazlan Aliman dalam kenyataannya kepada media berkata, berdasarkan beberapa perkembangan baru yang diperolehinya, calon PAS serta jentera Pakatan Rakyat berjaya mendapat reaksi “positif” khususnya di kawasan perkampungan tradisi dan di masyarakat Felda yang sebelum ini sukar ditembusi.
Kampung tradisi yang terdapat di DUN Tenang adalah Kampung Redong, Air Panas dan Kampung Tenang.
“Di kampung tradisi kita mengambil pendekatan 'sentuhan peribadi'. Oleh kerana rumah di kampung tradisi tidak banyak, ia lebih mudah untuk kita terus berjumpa dengan pengundi.
“Perkampungan tradisi tidak terikat dengan badan-badan tertentu. Persepsi mereka berubah tentang PAS yang dikatakan sebagai kumpulan radikal atau ekstrem. Jadi mereka melihat kita berbeza.
“Kita berkampung di sana dan bahkan bila adanya kematian, mereka menyuruh kita memimpin tahlil,” katanya ketika ditemui Malaysiakini selepas satu sidang media.
Sekat Internet : Sah UMNO memang Jakun....!!
Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang lebih komprehensif sehingga tidak terhad kepada bahan cetak semata-mata, adalah tindakan membalas dendam kepada rakyat yang menolak media Umno yang sarat dengan fitnah dan propaganda Umno semata-mata.
Buktinya ialah laporan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) antara tahun 2005 hingga 2009 , akhbar The Star daripada 310,000 naskhah kepada 287,000 naskhah (-7.4 per cent), New Straits Times daripada 139,000 naskhah kepada 111,000 naskhah (-20 peratus), Utusan Malaysia daripada 213,000 naskhah kepada 169,000 naskhah (-21 peratus) dan Berita Harian daripada 204,000 naskhah kepada 155,000 naskhah (-24 %). Akhbar Sin Chew sahaja yang meningkat daripada 324,000 kepada 382,000 (+18 %).
Syarikat ini hanya boleh bertahan kerana mendapat sokongan dan tajaan Umno sahaja. Jikalau BN tidak berkuasa di negara ini, maka syarikat ini akan berkubur.
PAS berpendapat ini adalah tindakan untuk memaksa rakyat supaya menerima berita yang datang daripada satu saluran sahaja. Ini adalah tindakan terkebelakang, bertentangan dengan slogan Perdana Menteri yang bercakap mengenai transformasi dan perubahan. Tindakan untuk menyekat maklumat daripada sampai kepada rakyat ibarat menyekat air yang laju. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib jangan paksa rakyat untuk menerima satu maklumat sahaja. Pepatah Arab ada menyebut “kamu boleh paksa unta pergi minum air, tetapi tidak boleh paksa minum air”
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Calon BN Di DUN Tenang Ada Kes Tipu....!!
Tok Ai kepala bana apa....?? Ini adalah tok penyamun...!!
KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
26 JANUARI 2011
Minta Penjelasan Daripada Muhyiddin Yassin
Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.
Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.
Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.
En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.
Saya mohon penjelasan daripada Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :
1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?
SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat
Siapa Dia Rosmah Mansor...??
Utusan Malaysia Dah Mula Berani....!!
Nota:
lihatlah cerita ini keluar dalam meloya
baca tajuknya betul betul
angkara leila suami tersungkur!!!
ini cerita penting
wajib diketahui cerita dibelakang cerita
leila seorang janda 3 kali
telah gila untuk menjadi first lady
leila dari kampong - kerja mak andam
leila menangkap ben ali yang telah
ada isteri - ben ali bercerai
kerana leila gila nak jadi first lady
cerita ini dikeluarkan oleh meloya
untuk jadi ingatan kepada si isteri
kerana satu negara telah amat benci
dengan rosmah mansor
orang umno telah muak dan menyampah tengok flom
pegawai jabatan kerajaan semua menyampah tengok flom
pegawai di jabatan pelajaran paling menyampah tengok flom
malah hanya kaki bodek dan kaki cari projek
yang mencium tangan the fat lady
muhyiddin menyampah tengok flom
zeti bank negara menyampah tengok flom
semua isteri menteri menyampah tengok flom
kecuali isteri perogol
madey menyampah tengok flom
chua sui lek menyampah tengok flom
khoo tsu kun menyampah tengok flom
asri bekas mufti menyampah tengok flom
FLOM INI APA?
kah kah kah... FLOM IALAH : FAT LADY OF MALAYSIA....
Apa Itu F.L.O.M...??
Satu Lagi Kisah First Lady...!!
TUNJUK PERSAAN DI MESIR KIAN MEREBAK - ENAM TEWAS - ajensi
KAHERAH: Dua lagi dilaporkan terbunuh manakala beratus penunjuk perasaan ditahan selepas gerakan memprotes bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur semakin merebak sejak kelmarin.
Malah, penunjuk perasaan dikatakan tidak berganjak dengan jumlah mereka semakin besar meskipun ratusan daripada mereka sudah ditahan pihak berkuasa Mesir serta jumlah kematian meningkat kepada enam orang dalam masa dua hari.
Nota :
TUNTUTAN YANG KEDENGARAN DI JALAN RAYA:
1 - adakan pilihanraya
2 - tangkap mubarak
3 - tangkap gamel mubarak
4 - tangkap first lady suzanne mubarak
5 - bebaskan tanahan politik
6 - putus hubungan dengan israell
Jan 26, 2011
Guane Gamok Orang Kite....!!
Terengganu adalah antara negeri yang paling 'top' berkaitan penagihan dadah dan pengedaran dadah di Malaysia apabila pada bulan September tahun lalu dilaporkan Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi.
Sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2010, sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus.
Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91).
Sehubungan itu, polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu telah berjaya menangkap seramai 357 pembekal dadah di negeri ini Sepanjang tahun lalu (2010)
Ketuanya, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, jumlah itu meningkat seramai 68 orang, iaitu sebanyak 24 peratus pada 2009, yang hanya berjumlah 289 orang.
Menurutnya, pengedar yang tidak dapat dituduh, di bawah langkah-langkah pencegahan khas (LLPK) 1985 berjumlah 88 orang berbanding 81 orang pada 2009, meningkat sebanyak sembilan peratus.
“Jumlah pengguna dadah bagi tahun 2010 pula adalah seramai 11,094 orang, berbanding 9,190 orang pada 2009. Ia menunjukkan peningkatan seramai 1,904 orang atau bersamaan 21 peratus.
“Jumlah keseluruhan bagi pengedar dan pengguna dadah dan mereka yang di bawah LLPK adalah 11,539 orang, berbanding 9,560 pada 2009, iaitu peningkatan seramai 1,979 orang atau 21 peratus,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya.
Menurut beliau, jumlah individu yang dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori sekiranya didapati bersalah juga meningkat, iaitu seramai 81 orang pada 2010.
Katanya, semua pesalah telahpun dituduh di mahkamah. Berbanding pada 2009, jumlahnya hanya 47 orang iaitu meningkat 34 orang atau bersamaan 72 peratus.
Menurutnya, peningkatan jumlah pengedar dan pengguna dadah sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan dan beliau mengharapkan satu langkah terbaik dilaksanakan bagi mengekang masalah ini, termasuk memulihkan penagih sedia ada daripada kembali menagih.
Katanya, jumlah keanggotaan kira-kira 200 orang di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu kini sebenarnya terlalu kecil bagi mengekang masalah dadah secara keseluruhannya.
“Pihak polis mengharapkan kerjasama daripada semua pihak dalam membanteras aktviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah ini yang banyak merosakkan generasi belia dalam masyarakat hari ini,” katanya.
Sementara itu, dalam bulan Januari, sehingga kini, sekurang-kurangnya 5 berita berkaitan dadah yang dipaparkan dalam media perdana sebagaimana dibawah.
Calon BN DUN Tenang Pernah Lelong Tanah Orang Kampung..??
Tanah En. Mansor Bin Mohamad HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat telah di lelong pada 1/12/2003. Beliau mempunyai tunggakan bayaran hutang dengan pihak bank sekitar RM20,000. Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat En. Mohd Azahar Bin Ibrahim yang juga calon Barisan Nasional (BN) pilihanraya kecil Tenang telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada beliau. Secara rasminya En. Mansor tidak dimaklumkan tanahnya akan dilelong. Pada 19/9/2003 perintah jualan hartanah telah di keluarkan.
Menurut En. Mansor, sehari sebelum lelongan beliau telah membuat bayaran kepada pihak bank sebanyak RM10,000 bagi bayaran tunggakan bayaran hutang. Beliau merayu kepada En Mohd Azahar agar tanahnya tidak di lelong. Pada hari tanahnya di lelong beliau membawa tunai sebanyak RM12,000 untuk menyelesaikan tunggakan hutangnya. Semua rayuan En Mansor tidak di layan.
Tanah seluas 8 ekar telah dilelong dengan harga RM70,000 sedangkan nilai tanah tersebut pada tahun 1996 bernilai RM116,000. Nilai semasa tanah tersebut dijangka RM120,000. Ini bermakna tanah En Mansor telah dijual dengan harga dibawah harga pasaran. Hanya seorang sahaja pembina yang hadir pada masa lelongan tersebut. Akhirnya tanah tersebut telah di beli oleh pembida tersebut.
En Mansor telah membuat saman pemula No 24(L) -674-2004 berkaitan tanah tersebut ke Mahkamah Tinggi Muar. Beliau telah dapat membuktikan kepada mahkamah bahawa tiada sebarang notis pendengaran kes lelongan hartanah diberikan kepada beliau. Pada 29/1/2008 Yang Arif Hakim Dato’ Asmadi Bin Haji Asnawi, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Muar telah memutuskan membenarkan tuntutan En Mansor ke atas Pentadbir Tanah Daerah Segamat dengan kos akibat dari kecuaian pegawainya En. Mohd Azahar mengendalikan kes tersebut. Tanah tersebut telah dikembalikan kepadanya. Akhirnya En Mohd Azahar telah dipindahkan ke Pejabat Daerah Kecil Renggit. Pangkatnya telah diturunkan.
Saya mohon penjelasan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO mengenai perkara-perkara di bawah :
1.Mengapa calon BN bagi pilihanraya kecil Tenang En. Mohd Azahar Bin Ibrahim sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat telah gagal memberi notis pendengaran kes lelongan tanah En. Mansor?
2.Mengapa nilai tanah En. Mansor di lelong dengan harga RM70,000 dibawah harga pasaran?
3.Mengapa rayuan En Mansor untuk mengelakkan lelongan tanah dengan membuat bayaran RM10,000 kepada bank tidak di layan oleh En Mohd Azahar?
4.Mengapa hanya seorang pembina tanah sahaja yang hadir pada masa lelongan tersebut berlaku?
5.Mengapa En Azahar diturunkan pangkat daripada Pejabat Daerah Segamat kepada Pejabat Daerah Kecil Renggit?
6.Apakah terdapat perundingan jahat antara En. Mohd Azahar, jurulelong dan pembina semasa mahu melelong tanah En Mansor?
7.Berapa kerugian yang ditanggung oleh Pejabat Tanah Daerah Segamat akibat kecuaian pegawainya menguruskan urusan tanah En Mansor?
8.Mengapa UMNO sanggup menghampakan ahli-ahlinya dengan meletakkan calon yang telah terbukti bersalah di mahkamah dalam pilihanraya kecil Tenang?
Suhaizan Bin Kaiat
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Pusat
MCA Memang Anti Islam....!!
Bulan Ogos 2010, Datuk Seri Chua Soi Lek mengingatkan masyarakat cina tentang isu penubuhan negara Islam kerana negara-negara Islam adalah mundur dan rasuah dan kenyataannya itu dibidas oleh Lim Guan Eng pada 7 Ogos dengan menyifatkan Chua Soi Lek sebagai jahil tentang sejarah tamadun Islam yang hebat.
Bulan Januari 2011, di Tenang, Chua terus memberi amaran kepada masyarakat cina tentang bahaya PAS yang berjuang untuk menegakkan negara Islam yang disokong oleh TPM Datuk Seri Muhyiddin Yasin.
Chua terus maju setapak lagi menghina hukum Islam apabila tentang calon PAS, Cikgu Normala yang bersalam dengan lelaki menggunakan sarung tangan disifatkan sebagai adat yang tidak mesra dan tidak sesuai memimpin masyarakat Malaysia.
Isu tidak boleh bersalam antara bukan mahram (lingkungan saudara terdekat dalam perundangan Islam) adalah sama seperti isu wanita bertudung di mana ia telah diajar dan sedia difahami oleh ummat Islam di Malaysia sejak di bangku sekolah lagi, yang tinggal hanyalah perbezaan daripada sudut mengamalkannya, dan ia boleh dilihat antara amalan isteri PM dan isteri TPM sendiri daripada aspek memakai tudung.
UMNO terus membiarkan presiden MCA itu menghentam Islam, asalkan tidak menghentam melayu secara langsung, kerana walaupun ramai orang melayu adalah Islam, tetapi PAS dilihat lebih komited dalam melaksanakan prinsip-prinsip Islam sebagai cara hidup.
Tan Sri Mufti Perak yang menyokong Datuk Seri Zamri Kadir sebagai MB Perak pun sampai menyebut, “…saya bukan sebut ini untuk pertahankan calon PAS tapi ini melibatkan ajaran agama.” Klik di sini.
Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal dalam responnya tentang kenyataan Chua itu juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana “memperlekehkan ajaran Islam” ini dengan “cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat”. Klik disini.
Chua Soi Lek tidak pernah meminta maaf, walaupun dalam isu meminta masjid memperlahankan azan di Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, peguam MCA yang membuat aduan tentang bunyi azan yang mengganggu tidurnya telah meminta maaf kepada Imam Masjid berkenaan.
Begitulah, orang melayu ditakut-takutkan dengan DAP sebagai anti melayu dan anti Islam, walaupun pemimpin DAP cuba mendekati al-Quran, masjid dan para ulama’ serta cuba untuk lebih memahami Islam bagi merapatkan hubungan muhibbah antara kaum.
Walhal Presiden MCA yang mewakili MCA terang-terang anti melayu yang berpegang dengan ajaran Islam, lepas ini mungkin isu tudung pula.
Tidak ada UMNO, PERKASA, Ulama’ Muda UMNO, YB Zulkifli Nordin dan NGO Melayu yang kisah.
PAS melalui Cikgu Mala terus melangkah memperjuangkan Islam, menerangkan ajaran Islam dan berusaha mendapatkan sokongan strategik daripada pelbagai pihak bagi membentuk negara Malaysia yang adil, telus dan berkebajikan kepada rakyat semua kaum.
Boleh Percaya Ke...??
LAWATAN ROSMAH DITAJA KERAJAAN OMAN - UM
Rosmah Mansor menjelaskan, lawatan rasminya ke Oman minggu lalu atas jemputan rasmi dan ditaja sepenuhnya oleh kerajaan negara terbabit.
'Semuanya (kos perbelanjaan dan penginapan) ditanggung oleh Oman, jadi pihak di sebelah sana (pembangkang) yang tuduh macam-macam... berdosalah dia, berdosa," katanya.
Nota:
Pelik ni....kenapa oman belanja macam macam..??
Selalunya pak arab ni bukan boleh percaya...
Ada apa apa ke..?
Jan 25, 2011
Cikgu Mala Yang Tenang...!!
"1. Pertama kali saya menyampaikan ceramah di Felda Tenang bersama Cikgu Normala Sudirman, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N 05 Tenang, saya tertarik dengan ucapan bertenaga dan menyakinkan dari Cikgu Mala dengan ungkapan " .... tangan yang menghayun buaian ini insyaallah akan menggoncangkan dunia ...."
2. Ternyata Cikgu Mala tidak perlu menunggu lama, hari kedua beliau turun berkempen sempena pilihanraya kecil N 05 Tenang ini sebagai calon pilihan, tangan beliau telah menggoncangkan ketenangan UMNO dan BN di Tenang. Kelam kabut sekutu rapat UMNO dalam BN iaitu MCA melalui Presidennya mempersoalkan kenapa Cikgu Mala tidak bersalam dengan lelaki ajnabi [ yang bukan mahramnya ]
3. Biasanya sesuatu isu ditimbulkan dalam musim pilihanraya kerana isu tersebut menggugat. bagi pihak PAS malah DAP dan PKR yang berkawan dengan PAS sangat maklum situasi ini. Sememangnya muslimat PAS tidak akan bersalaman dengan kaum lelaki yang halal nikah dengan mereka kerana ia adalah suatu larangan dalam agama Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Namun ia dilihat asing oleh Presiden MCA. Mungkin berdua - duaan dengan pasangan yang tidak sah di dalam bilik hotel lalu melakukan hubungan sulit itu lebih bermoral dan normal bagi Presiden MCA berbanding sikap Cikgu Normala yang tidak bersalam dengan lelaki.
4. Tidak bersalaman oleh seorang perempuan yang teguh agamanya dengan seorang lelaki yang sah nikah dengannya bukanlah suatu perkara ganjil dalam negara ini yang majoriti penduduknya adalam muslim. Bahkan tidak sepatutnya ia menjadi isu. Justeru ia bukanlah satu tindakan yang boleh merosakkan kemesraan dan hubungan dengan masyarakat. Sebaliknya masih banyak elemen lain yang lebih penting untuk membentuk kemesraan dan hubungan dengan masyarakat tanpa "salam tangan" antara lelaki dan perempuan seperti ziarah, kebajikan, bertanya khabar dan lain - lain.
5. Sungguhpun tanpa "salam tangan", calon pilihan ini tidak menang tangan dan senyuman untuk bertemu dengan pelbagai lapisan masyarakat tanpa pula mengira latar belakang kaum dan jantina. Lebih menarik apabila masyarakat menilai bahawa Cikgu Mala adalah seorang yang teguh peribadi dan berprinsip sementara itulah kriteria seorang pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.
6. DAP dan PKR cepat memahami situasi ini lantas mengambil langkah mempertahankan tindakan Cikgu Mala malah sangat menghormatinya apabila mengetahui bahawa ini adalah prinsip agama. Sedang prinsip agama inilah menjadikan PAS sebuah parti yang teguh dan berdisiplin. Malang MCA gagal pula memahami situasi ini biarpun sekian lama berselimut dengan UMNO di dalam BN.
7. Jawapan mudahnya kerana MCA tidak melihat prinsip ini wujud di dalam UMNO. Pemimpin wanita mereka bukan sahaja boleh bersalaman sesuka hati malah boleh berlaga pipi, boleh berpelukan dan sebagainya. Akhirnya Presiden MCA sendiri keliru angkara UMNO yang tidak mempertahankan prinsip beragama. Inilah fitnah besar dari kegagalan UMNO menjalani kehidupan sebagai sebuah parti yang patuh pada suruhan agama .
8. Selama ini UMNO berhujjah kononnya DAP anti Islam, kafir harbi dan macam - macam tuduhan lalu mempersoalkan kenapa PAS bekerjasama dengan DAP ? Kini Allah swt mendedahkan siapa pula MCA di sisi UMNO ? secara terbuka kini MCA melalui Presidennya menghina Islam dan mempersendakan ummat Islam yang beramal dan berpegang teguh dengan amalan Islam itu. Sementara DAP pula semakin hari semakin lunak dan memahami asas Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
9. Terbaru melalui perubahan sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi DAP karpal Sigh mengenai negara Islam yang ditentang oleh beliau sejak dulu. Beliau tidak lagi keras menolak negara Islam seperti dulu sebaliknya menganggap isu ini boleh dibincangkan. Ia satu perkembangan yang positif berbanding sikap MCA yang terus kekal dalam kejahilan sejak lama dulu sehingga sekarang.
10. Saya ucapkan syabas kepada Cikgu Mala dan mengharapkan beliau terus thabat [teguh] pendirian dan usah gundah dengan provokasi musuh. Allah bersama dengan insan yang sabar menghadapi ujian perjuangan ini. Ubah sekarang Selamatkan Malaysia !
sekian
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan"
Menjejaki Firsl Lady Of Malaysia....!!
Nota :
salut kepada anak muda yang membuat klip ini
salut kepada anak muda yang kreatif
salut kepada anak muda yang cool
akhirnya dunia ini adalah
milik ank muda !
Kedudukkan Kerusi DUN Merlimau Di Ketahui Jumaat Ini....!!
DUN Merlimau: SPR bermesyuarat Jumaat ini-MK
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan bermesyuarat pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata SPR sudah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Januari lalu berhubung kekosongan kerusi itu.
Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu.
"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," katanya dalam satu kenyataan.
Kena Tipu Lagi...!!
ANGGOTA WATANIAH TIDAK TERGOLONG PENGUNDI POS : SPR -UM
Pas lega dengan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa anggota Wataniah tidak digolongkan dalam kalangan pengundi pos.
Setiausaha Agung Pas,Mustafa Ali berkata, perkara itu dijelaskan oleh Pengerusi SPR, Abdul Rashid Abdul Rahman dalam pertemuan dengan pemimpin parti pembangkang di Ibu Pejabat SPR di sini hari ini.
"Kita mendengar kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan bahawa akan diwujudkan pasukan Wataniah bagi setiap kawasan Parlimen dan mereka akan dikategorikan dalam pengundi pos.
"Tetapi kita dapat jaminan (daripada SPR) bahawa anggota Wataniah tidak termasuk dalam undi pos, katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.
Antara yang hadir ialah Anggota Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dari DAP dan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R. Sivarasa.
Nota:
sila nyatakan dengan jelas
apakah RELA itu undi pos
atau tidak ?
lihat bagaimana helah dilakukan:
cadangan yang bukan bukan
kemudian ada komplain
cadangan yang bukan bukan dipersetujui tak diterima
tapi sebenarnya untuk menutup kepada:
1 – hapuskan undi pos
2 – guna dakwat sesudah mengundi
3 - pembersihan senarai mengundi
cadangan yang bukan bukan ini
hanya tipu muslihat
kalau pilihanraya boleh memgubah sesuatu
telah lama pilihanraya di haramkan!
Jan 24, 2011
CIna Tak Layan Isu 'Jabat Tangan'....!!
P'raya Tenang: Isu 'jabat tangan' makan diri?-MK
Pemimpin dan jentera pilihan raya kecil MCA di Tenang meningkatkan serangan terhadap PAS berhubung isu negara Islam dan keengganan calonnya, Normala Sudirman (bawah) bersalam dengan orang lelaki. Persoalannya ialah sama ada strategi itu akan berjaya mengalih sokongan 5,766 pengundi Cina kepada BN.
Tinjauan Malaysiakini di kalangan pengundi Cina di kawasan pilihan
raya Tenang menunjukkan bahawa dua isu tersebut memberi kesan minimum terhadap mereka.
Sebaliknya, apa yang lebih penting pada mereka ialah prestasi kedua-dua calon berkenaan.
Mereka yang ditemui Malaysiakini menegaskan bahawa undi untuk PAS tidak bermakna menyokong parti Islam itu, mahupun menyokong
agendanya mengenai negara Islam.
Mereka juga berkata, mereka telah diabaikan oleh bekas ADUN dari Umno, Datuk Sulaiman Taha.
Tinjauan itu dijalankan semalam di bandar Labis Tengah dan Tenang Station - yang merupakan dua daripada lima kawasan majoriti pengundi Cina di Tenang - mendapati hampir semua yang ditemui berpendapat MCA tidak seharusnya memainkan isu berjabat tangan itu kerana ia melibatkan agama calon.
Dah Agak Dah....!!
BN Tolak Usul Kembalikan Kuasa Sultan Di Selangor-HD
SHAH ALAM 24 Jan: Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman hari ini berkata, Adun BN menolak usul Pindaan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya Perkara 52(1) untuk mengembalikan kuasa melantik pegawai kanan kerajaan negeri kepada Sultan dan Menteri Besar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Satim Diman dalam ucapannya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Khas Selangor hari ini menegaskan beliau dan 20 Adun dari Barisan Nasional serta Adun Bebas tidak akan menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri seperti yang di bentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.
Satim juga melabel kerajaan negeri 'syok sendiri' selain mengutuk tindakan kerajaan negeri bawah pimpinan Pakatan Rakyat bermotifkan politik serta bersikap hipokrit.
Antara alasan yang dikemukan oleh Satim ialah Barisan Nasional terdahulu tidak pernah mengenepikan dan membelakangkan DYMM Sultan SElangor sejak pindaan dibuat sejak 1993.
Satim mula membahaskan usul tersebut selepas selesai ucapan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau dilantik menjadi ketua pembangkang selepas Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melepaskan jawatan itu apabila didakwa rasuah di mahkamah.
Dewan mula bersidang jam 10 pagi. Adun Pelabuhan Kelang Badrul Hisham Abdullah - yang kerusinya diisytihar kosong oleh speaker - duduk di bilik yang dikhaskan kepada petugas media, tingkat atas di dalam dewan.
Setiausaha dewan membacakan ucapan diraja bagi pihak Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya, Sultan bertitah supaya Adun membahaskan cadangan pindaan itu dengan sebaiknya tanpa beranggapan perkenan yang diberikan baginda sebagai menyokong mana-mana pihak dalam dewan.
Baginda juga memberitahu Adun supaya tidak menariknya sama dalam politik. Istana sentiasa tidak mencampuri urusan politik, titahnya lagi.
Patutlah Parti Gerakan Bungkus....!!
Nota:
nak jadi pemimpin ini jaga lah
rupa paras - ini gigi tunggang langang
depan tumbuh
belakang tumbuh
kiri rongak
kanan rongak
kah kah kah
gigi macam ayer terjun di batang kali
masa bercakap mesti tempias
kah kah kah
muka china bukit - gigi berterabur
macam mana nak jadi pemimpin
pergi lah repair - jumpa toyo
tak ada duit bagi dia jilat sekali
tengok breheng ali
dulu mat jongang
sudah repair
baru ada pengikut
itu pun nampak muka ngok lagi
kah kah kah
kalau gigi macam ayer terjun
mulut mesti bau busuk
nafas lagi busuk
patutlah parti ini bungkus
tak ada penyokong
pemimpin gigi pun tak boleh repair
macam mana nak bantu orang ramai
woit.. pergi repair gigi dulu..
kah kah kah
Utusan Malaysia Dah Mula Berani...!!
Jan 23, 2011
Kenapa Najib Takut Sangat Nak Berdebat...??
SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.
Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.
Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menajawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.
Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.
Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.
Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.
Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap bahasa dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.
Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.
Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?
Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!
Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.
Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow....
Subscribe to:
Posts (Atom)