Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 27, 2011

Menantu Ayah Pun Menyampah....!!


Akta penerbitan, jangan jumud dan undur belakang-Khairy Jamaluddin-MK

Sebagai seorang yang sentiasa menggesa kerajaan agar memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA), saya begitu terkejut dan memandang serius kenyataan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berhubung kemungkinan perluasan skop dan bidang kawal selia akta berkenaan.

Beliau menjelaskan bahawa kementeriannya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji PPPA bagi melihat sama ada definisi penerbitan di dalam akta tersebut boleh juga meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian.

Bagi saya ia bukan sahaja suatu langkah yang mengundurkan kita ke belakang, malahan memberi isyarat yang negatif terhadap komitmen kerajaan kepada pengukuhan sistem demokrasi, kemesraan negara sebagai destinasi pelaburan dan perkembangan teknologi terkini.

Sekiranya tujuan bagi pindaan PPPA adalah bagi tujuan pemantauan dan tindakan ke atas maklumat ataupun siaran yang berbaur hasutan, penghinaan atau bersifat jenayah - bukankah kita sudah memiliki pelbagai akta dan undang-undang samaada di bawah Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 mahupun peruntukan undang-undang yang lain?

Malah, pihak yang teraniaya juga boleh mengambil tindakan mahkamah menerusi Akta Fitnah 1957.

Sehubungan dengan itu, saya membantah cubaan bagi meminda suatu akta yang saya sendiri berpendapat tidak relevan lagi bagi peredaran zaman serta generasi muda masa kini. Malahan, saya sendiri telah mencadangkan di Dewan Rakyat kepada pihak kerajaan agar ditubuh suatu badan Suruhanjaya Aduan Media bebas bagi mengawal selia industri media bagi menggantikan peranan PPPA.

Jika kita melihat kepada statistik siber, 84 peratus daripada hampir 8.5 juta pengguna Facebook di Malaysia adalah mereka dalam lingkungan usia 35 tahun ke bawah.

Mereka ini pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka.

Lantaran itu, janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang.

Nota :

Tidak ada orang yang tak kata bangang....
Tidak ada orang yang bersetuju dengan cadanga kerajaan ini...
Ini adalah tindakan orang yang jakun....
Ini adalah orang yang tak bertamadaun....
Ini adalah tindakan orang yang terdesak...
Ini adalah tindakan orang yang bodoh...

Tengok...menantu ayah pun turut marah....
Kah...Kah...Kah....!!

No comments:

Post a Comment