Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 9, 2011

Ehhh....Ada Rupanya....!!


SAYA DIAM KERANA YAKIN RAIS TAK BERSALAH – BH

Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

"Kenapa pula macam tu. Saya pun tak tahu (kes) itu. Nak cover up apa?. Tak
patut la mereka tuduh saya macam tu.

"Nak bagi kenyataan buat apa? Benda tu tak betul. Sekarang anda dah tanya,
saya bagi la statement. Saya memang tidak menerima apa-apa laporan tentang
dakwaan itu," katanya pada sidang media ketika ditanya berhubung dakwaan bahawa tindakannya tidak mengeluarkan kenyataan bertujuan melindungi menteri berkenaan.

Isu yang didedahkan penulis blog itu mendakwa Rais, yang ketika itu menjawat
jawatan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah memperkosa bekas pembantu
rumahnya dan mendakwa tindakan pentadbiran Abdullah berdiam diri adalah untuk
mengelakkan konflik serantau.

Abdulah berkata beliau tidak mengambil kisah mengenai isu yang dimainkan di
dunia siber itu kerana beliau yakin perkara itu tidak pernah terjadi.

"Kalau apa yang dikatakan itu tidak betul maka tentulah pihak yang
berkenaaan akan mengambil tindakan dan dalam hal ini Rais telah
membuat kenyataan menafikannya," katanya.

Nota :

Heboh seluruh negara pasal rais ni...
Tunggu punya tunggu....
Tup..Tup...Saya Diam Sebab Saya Yakin Rais Tak Bersalah...!!
Sesekali Dollah badawi bila bangun...
Terus bercakap yang bukan bukan..
Selalu nya bila bangun je dia akan berkata:
Rais Okay... menantu I okay....
Semuanya Okay...Tak ada yang tak okay...!!
Kah...Kah...Kah...!!

No comments:

Post a Comment