Jan 7, 2011
Ini Cerita Si Bangang Dengan Si Penipu....!!
PERBICARAAN KHIR TOYO 6-24 JUN – BH
SHAH ALAM: Kes bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berhubung pembelian hartanah daripada syarikat Ditamas Sdn Bhd, akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 6 hingga 24 Jun depan.
Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi, iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (ketika itu) di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei 2007.
Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mohamad Khir adalah Menteri Besar Selangor ke-13 dan memegang jawatan itu dari Ogos 2000 hingga Februari 2008.ul Manaf.
Nota :
lihat berita ini
hujan tidak guruh pun tidak
tetiba berita ini muncul
kenapa?
dalam strateji menghasilkan berita
ini di panggil : melakar kegembiraan
bagini caranya:
selangor dalam krisis
gerombolan sedang menggugat kerajaan pakatan di selangor
dengan memasukkan towkay jual halal haram
ini pasti memarahkan penyokong pakatan rakyat
malah meyakinkan mereka bahawa tidak ada
jalan lain melainkan menghumbankan gerombolan
ini ditambah pula dengan keputusan bangang teoh beng hock
tidak membunuh diri dan tidak dibunuh?
jadi macamm mana anak china ini mati
satu negara tak percaya kesah dongeng ini
mati tidak dibunuh dan tidak bunuh diri
ini jadi bahan lawak
lebih bodoh dari lawak senario
lebih bangang dari isa samad
kes teoh beng hock ini memperkuatkan
azam dan tekad orang china untuk terus
menonggengkan gerombolan
ini akan ditunjukkan di tenang nanti
kita nanti dna lihat
lalu berita kes rasuah toyo muncul
berita ini untuk melakar kegumbiraan
nak bagi orang selangor gumbira
nak bagi china gumbira
nak bagi rakyat anti rasuah gumbira
tetapi kes rasuah toyo ini pun kes lawak
lihat betul betul kes ini:
ada mamat beli tanah dengan harga 6.5 juta ringgit
lepas itu mamat ini jual pada toyo tanah
yang sama dengan harga 3.5 juta ringgit
ini ertinya yang tuan jual tanah ini bodoh
jual lebih murah dari harga beli
bodoh bukan satu jenayah
bodoh tidak termasuk dalam kanun jenayah negara
yang bijak membeli ialah toyo
yang bangang dan bodoh ialah sprm
mendakwa kes bodoh
inilah sandiwara sebenarnya...
Kah...Kah....Kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment