Jan 8, 2011
Ini Kerja Orang Bangang....!!
SHUHAIMI TIDAK PERLU TINGGAL DI SELANGOR - UM
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di negeri ini tampil menunjukkan taat setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan bertekad akan mempertahankan institusi raja-raja Melayu hingga ke titisan darah yang terakhir.
Kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil ayahanda-ayahanda dari sembilan daerah negeri Selangor bersatu hati memohon Sultan Selangor agar teguh menghadapi isu yang melibatkan pertikaian yang ditimbulkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.
Wakil kumpulan itu, Mohd. Kamal Shahlan yang berasal dari Sabak Bernam berkata, pemimpin seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei perlu keluar dari negeri ini sekiranya mahu terus menyentuh titah dan perkenan Sultan Selangor.
''Kami sepakat menyatukan suara kami dan memohon Shuhaimi menutup mulut daripada mempertikai segala titah dan perkenan Sultan Selangor," katanya.
Nota :
ini jawapan dari: Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
SULTAN BUKAN MAKSUM SEPERTI NABI TIDAK BOLEH DIKRITIK
Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.
Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment