Jan 17, 2011
Natang Bewok..!!
Pengarah: Arahan tukar dibuat lebih awal-MK
Pengarah Pelajaran Johor Markom Giran mengakui jabatannya ada mengeluar notis pertukaran suami calon PAS di Tenang, Normala Sudirman, tetapi membatalkannya buat sementara selepas mendapat tahu isterinya mungkin dicalon dalam pilihan raya kecil di situ.
Katanya, notis pertukaran yang bertarikh 27 Disember itu meminta suami Normala - Makrof Abd Mutalib - bertugas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor Bahru, bermula 1 Januari tahun ini.
Makrof mengajar di SK Tenang manakala sekolah baru itu pula terletak kira-kira 200 km dari situ.
Pada waktu itu, kata Markom (kanan), pihaknya tidak tahu yang isteri Makrof akan dipilih sebagai calon PAS.
Tetapi, katanya, selepas mendapat tahu mengenai pencalonan isterinya- Normala - pihaknya memutuskan untuk membatalkan buat sementara pertukaran Makrof.
"Kami tidak mahu ia menjadi isu politik," jelas Markom ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Malam tadi, PAS mengumumkan Normala sebagai calon yang mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari depan.
PAS dan Makrof telah mendakwa notis pertukaran itu, yang hanya memberi masa tiga hari untuk membuat persiapan, bermotifkan politik dan bertujuan untuk menghukum seorang guru yang anggoat keluarganya menyokong pembangkang.
Notis tersebut telah ditarik balik selepas pasangan tersebut membuat aduan kepada jabatan pelajaran daerah, kata Makrof (kiri sekali).
Sementara itu, Markom berkata, notis pertukaran tersebut tiada kaitan dengan politik tetapi kerana Pasir Gudang kekurangan 457 orang guru.
"Ianya tiada ada kaitan dengan politik," tegasnya sekali lagi.
Usaha pindah suami kerana gagal 'kawal isteri'
Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".
Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.
"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawan isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.
Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.
"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).
"(Kami beritahunya) mereka tidak patut baut macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.
"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.
Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.
Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.
Nota :
Inilah kerja UMNO...
Sesiapa yang nampak condong kepada pembangkang...
Mereka akan di ugut, di tukar dan macam-macam lagi...
Mana mungkin tiada kaitan dengan politik...
Ini semua adalah bermotifkan politik...
Politik jakun bawaan oleh UMNO/BN...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment