Jan 3, 2011
Satu Lagi Projek Nak Menipu....!!
BEKALAN MINYAK MASAK DIJANGKA BERKURANGAN - UM
KOTA KINABALU 2 Jan. - Selepas Perlis, negeri ini turut mula mengalami masalah kekurangan bekalan minyak masak ekoran tindakan pembekal mengurangkan bekalan bahan berkenaan.
Di beberapa pasar raya dan kedai runcit di sekitar Kota Kinabalu mendapati tempat simpanan minyak berkenaan telah mula kosong.
Seorang peniaga runcit di Sabanah Store di sini yang enggan dikenali berkata, bekalan berkenaan telah mula berkurangan sejak seminggu lalu.
"Pada masa ini kita hanya mendapat bekalan sebanyak 10 kotak sehari berbanding sebelum ini mendapat sekurang-kurangnya 50 kotak sehari.
"Keadaan ini memberi masalah kerana ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan seluruh pengguna di bandar raya ini," katanya. Dalam pada itu, seorang peniaga kedai makan, Mohd. Noh Mohd. Adnan, 53, berkata, meskipun tidak terputus bekalan, stok minyak masak yang diperolehnya kini adalah terhad.
Katanya, pada masa ini dia hanya mendapat bekalan bahan berkenaan dari sebuah kedai runcit.
"Bekalan ini memang sudah berkurangan dan saya masih mendapat bekalan ini memandangkan saya merupakan pelanggan tetap kedai berkenaan," katanya.
Seorang pengguna, Kamliah Numbong, 50, berkata, kekurangan bahan mentah berkenaan menyebabkan dia terpaksa membeli minyak masak botol.
"Beberapa kedai runcit dan pasar raya yang saya pergi di sekitar Kota Kinabalu menyatakan stok minyak masak tiada. Jadi saya terpaksa membeli minyak botol," katanya.
Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Jaafar Walad berkata, pihaknya akan memantau masalah bekalan minyak masak di negeri ini.
"Bagaimanapun pada masa ini kita tidak menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai masalah kekurangan minyak masak di negeri ini," ujarnya.
Nota:
Jeng..Jeng...Jeng...!!
Inilah yang pelik lagi melik....
Negara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia...
Tapi dalam negara...minyak masak kurennngg....
Nak patau kepala bana apa...?
Apa faedah nya di pantau...?
Ini semua nak nak menipu melayu...
Kah...Kah....Kah.....!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment