Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Jan 11, 2011

Tenang : Normala Lawan Haslinda...??

Pilihan raya kecil dewan kecil undangan negeri Tenang, besar kemungkinan menyaksikan pertembungan antara wanita apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu antara seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat (semalam) telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ia hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih seorang daripada dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi mewakili Dewan Muslimat PAS.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa.

Mesyuarat jawatankuasa itu diadakan buat pertama kali di pejabat agung PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur selepas bangunan berkenaan mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Walaupun belum ada mana-mana parti politik yang mengumumkan calon masing-masing, namun ada tanda-tanda kedua-dua BN dan PAS akan mengemukakan calon wanita pada hari penamaan calon 22 Jan ini.

Antara nama yang disebut-sebut akan diturunkan oleh PAS ialah bekas guru yang meletakkan jawatan secara 24 jam, bulan lalu.

Parti itu dikatakan akan mengumumkan calonnya pada satu majlis di Tenang Ahad ini.

Sumber parti itu berkata seorang bekas guru berusia 38 tahun, Normala Sudirman ( Gambar Atas ) yang juga Ketua Muslimah PAS Labis, adalah seorang daripada dua nama yang disenaraipendek itu.

Sementara itu, terdapat ura-ura BN juga akan menurunkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan pada 30 Jan ini.

Andaian ini diperkuatkan lagi apabila Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini secara terbuka mencadangkan agar parti itu memilih Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh sebagai calonnya.

Berasal dari Chaah, Haslinda, seorang ahli perniagaan, dikatakan antara tiga nama yang berpotensi diturunkan sebagai calon BN.

No comments:

Post a Comment