Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Feb 10, 2011

Malaysia Boleh : Setiap 3 Hari Sekali Mesti Ada Yang Buang Bayi Di Malaysia...!!


"517 Kes Buang Bayi Antara 2005 - Jan2011 : Bermakna setiap 3 hari setengah, seorang bayi dibuang dalam negara Malaysia!

Ini merupakan kejayaan hebat 1Malaysia melalui skim ketuanan melayu yang diamalkan sejak kemerdekaan. Faktor utama kejayaan ini adalah kerana statistik menunjukkan kerajaan 1Malaysia berjaya mengekang kadar pembuangan bayi yang lebih dasyat iaitu 1 bayi dibuang setiap hari.

Statistik pembuangan bayi dalam setiap 3 hari setengah juga menandakan masalah sosial negara kita masih belum berada setara di tahap zaman jahiliah. Oleh demikian, langkah kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hub hiburan terkemuka adalah merupakan satu langkah yang tepat.

Bagi meneruskan lagi legasi pemerintahan sekular ala Mustafa Kamal Altartuk, sila pastikan kemenangan seterusnya regim gerombolan di PRU akan datang. Nescaya negara akan dihidangkan dengan hiburan, disaji dengan taburan kesenangan terutamanya selepas berlaku kematian ADUN atau MP di satu-satu kawasan.

Berbalik kepada isu pembuangan bayi, langkah terbaik kerajaan setakat ini untuk mengekang gejala buang bayi adalah dengan menyediakan seberapa banyak pusat pengagihan kondom percuma selain daripada menyediakan sekolah ibu mengandung anak luar nikah.

Satu lagi langkah yang agak praktikal ialah, dengan memperkenalkan pelajaran seks kepada pelajar sekolah menengah dengan salah satu subjek terasnya ialah - Bagaimana caranya untuk pancut di luar dan cara-cara untuk mengetahui waktu subur anda, dengan motto 'elakkan bersama ketika subur'.

Justeru itu, dengan persiapan bijak lagi rapi bagi menghadapi gejala sosial negara terutamanya dalam aspek masalah pembuangan bayi, kerajaan Malaysia sememangnya telah melakukan yang terbaik demi anak bangsa. Ingatlah, kita masih belum sampai di tahap 1hari-1bayi dibuang merata.

Lagipun, negara kita ini adalah negara Islam sepertimana yang sering digesa oleh parti PAS dan jumlah masjid juga adalah yang terbanyak by ratio mengikut pola penempatan rakyat Malaysia. Jadi tiada apa yang perlu dirisaukan.

Kerajaan juga bercadang membina lagi sekolah ibu mengandung lantas ia mengurangkan statistik buang bayi kerana kelahiran bayi di sekolah ini terjamin di ward bersalin hospital kerajaan terhampir. Sekolah-sekolah ini akan dibina di negeri di bawah penguasaan Barisan Nasional memandangkan negeri-negeri tersebut menjadi juara dalam isu berbangkit.

Akhir kata, janganlah kita terlalu asyik mengkritik kerajaan bak kata Isa Samad - yang kritik itu hebat sangatkah?

Sesungguhnya, negara gejala sosial di Malaysia masih lagi belum kritikal jika dibandingkan dengan kebanyakkan negara Amerika Selatan dan juga negara-negara Afrika (maklumat ini diperolehi ketika sidang kemuncak 1st Lady, ada juga manfaatnya FLOM).

No comments:

Post a Comment