Feb 8, 2011
Rakyat Mesir Pilih Untuk Teruskan Protes.....!!
Penunjuk perasaan terus duduk di Dataran Tahrir Kaherah untuk hari ke-14 berturut-turut dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda walaupun perbincangan antara kumpulan pembangkang dan kerajaan Mesir yang berlangsung semalam.
Mereka yang terus mendesak supaya Hosni Mubarak berundur, masih berkhemah di dataran tersebut pada hari Isnin 7 Februari.
Sementara itu, kehidupan dikawasan lain, di luar Kaherah mulai kembali normal selepas dua minggu berlangsung kekacauan.
Al-Jazeera melaporkan, lalu lintas di jalan-jalan utama semakin meningkat, manakala peniaga mula membuka kembali premis mereka.
Namun kereta-kereta kebal terus mundar mandir, menjaga bangunan-bangunan kerajaan, kedutaan dan agensi penting lain di bandaraya tersebut.
Perintah berkurung yang diabaikan oleh sebahagian besar rakyat Mesir telah disingkatkan dari jam 8 malam hingga 6 pagi.
Dalam pada itu, Hosni Mubarak dilaporkan mengadakan mesyuarat kabinet pertamanya, sejak rusuhan bermula pada tarikh 25 Januari.
Kerajaan cuba mempertontonkan bahawa kestabilan dan keamanan telah kembali ke bumi Mesir, sedang para penunjuk perasaan di Dataran Tahrir masih tidak yakin.
"Perkataan ''Kestabilan' adalah kata-kata yang digunakan rejim sepanjang waktu - tapi ... apa makna kestabilan tanpa kebebasan?" kata Dr Sally Moore, seorang wakil dari Kempen Popular Menyokong ElBaradei, salah satu daripada enam kumpulan yang menubuhkan pakatan "Pemuda Revolusi Mesir"
"Kami (akan) berada (di sini) untuk jangka masa yang panjang. Rejim ini cuba untuk mempermainkan (melaga-lagakan) kami dengan mereka (yang berdemo) di Dataran Tahrir, tapi kami selalu mengingatkan mereka (rejim), mereka (di Dataran Tahrir) adalah orang-orang kami, keluarga kami....,,,, Kami bercakap soal kebebasan ... tentang hak hilang selama 30 tahun, ... tentang penyeksaan ... dan saya fikir rakyat inginkan perubahan radikal, bukan hanya reformasi kecil. "
Suasana Dataran tegang
Sementara itu, dilaporkan dari Dataran Tahrir, hubungan antara para penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan telah berubah menjadi kembali tegang.
Pada malam Ahad, pasukan keselamatan yang ditempatkan berhampiran Muzium Mesir telah melepaskan beberapa das tembakan.
Ketegangan juga meningkat ketika tentera berusaha cuba memasang pagar kawat berduri dan dibantah oleh para pengunjuk perasaan.
Beberapa orang telah ditahan kerana tidak mahu bergerak apabila tentera memasang kawat tersebut.
Mesir telah megalami pergolakan sejak 25 Januari lalu apabila para pengunjuk rasa turun ke jalan raya mendesak pengunduran Hosni Mubarak.
Perbincangan diantara Omar Suleiman, yang baru dilantik sebagai wakil presiden, dengan enam kumpulan pembangkang, termasuk Ikhwanul Muslimin, dalam usaha untuk menamatkan krisis telah menemui kegagalan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment