Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 31, 2011

300,000 Orang Untuk Himpunan BERSIH 2...!!

Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi PAS Haji Mohamad Sabu berkata Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) akan menganjurkan Himpunan aman BERSIH kali ke-2 tidak berapa lama lagi.

Menurutnya, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu sekurang-kurangnya 300,000 orang akan menghadiri himpunan itu kelask yang meneruskan desakan, supaya kerajaan melakukan reformasi dalam pilihanraya di Malaysia.

"Kempen berterusan, kita hanya (sedang) menunggu tarikh dari badan NGO BERSIH yang dipimpin oleh Dato' Ambiga, bila mereka beri tarikh Himpunan kita akan gerakkan rakyat,

"kita (PAS) jangka (ia akan diadakan) pada bila-bila masa sebelum pilihanraya umum akan datang,"katanya kepada media, di Kuala Ibai di sini selepas Majlis Ceramah Memperingati 'Tragedi Batu Burok' Kuala Terengganu pada Selasa 29 Mac

(Gambar - Presiden PAS bersama Tan Sri Khalid, ketika itu Bendahari PKR, turun bersama 100,000 rakyat dalam Himpunan Aman BERSIH kali petama)

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, BERSIH menambah dua lagi tuntutan selain mengekalkan empat tuntutan sebelum ini, menjadikan kesemuanya enam.

"Tuntutan kali ini kita tambah lagi dua, menjadi enam perkara, diantaranya ialah pembahagian kerusi pilihanraya hendaklah mengikut kadar penduduk dan taraf sosial dan perbelanjaan pilihanaya hendak diperingkat parti bukan kerajaan,"katanya yang menambah, PAS menyokong semua tuntutan BERSIH.

Sebelum itu dalam ucapannya, Mohamad Sabu berkata Tragedi Batu Burok adalah peristiwa yang seumpama dengan kejadian yang berlaku di negara Mesir.

Katanya, rakyat Mesir keluar ke jalan raya untuk menuntut satu pilihanraya yang adil lalu ditembak oleh polis.

Menurutnya di Batu Burok, mereka yang ditembak oleh polis keluar untuk mendengar penerangan dari BERSIH yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Namun katanya, empat perkara yang dituntut sebelum ini, semuanya ditolak oleh kerajaan Malaysia.

Menurutnya, empat perkara pokok, yang pertama daftar pemilih secara 'otomatik', tanda jari dengan dakwat hitam, menghapuskan undi pos dan kebebasan media, semuanya tidak diterima

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua rakyat akan hadir ke Himpunan BERSIH 2, beramai-ramai bagi mencapai sasaran 300,000 orang.

"Kita mahu Himpunan kali ini, Presiden kita mahu, tidak kurang daripada 300,000 orang di Kuala Lumpur, boleh semua tuan-tuan hadir,"kata beliau menanyakan para hadirin dan disambut dengan teriakan 'BOLEH' dari kira-kira 5,000 orang yang hadir dalam ceramah itu.

Sehubungan itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurrul Izaah Anwar yang turut bersama berkata BERSIH akan turut menurunkan pemantau pilihanraya dari negara-negara ASEAN menjelang pilihanraya negeri Sarawak

Katanya, ia adalah satu usaha memastikan sistem pilihanraya berlaku dengan adil dan baik.

No comments:

Post a Comment