Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 29, 2011

Sikiap Double Standard Polis Terus Di Kecam....!!


Ceramah Di Serbu...Tayangan Video Lucah Di Biarkan - BO

PAS Pusat kesal terhadap sikap 'double standard' yang ditunjukkan oleh polis, kembali mengganggu ceramah Pakatan Rakyat sebagaiman yang pernah dilakukannya sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS berkata tabiat lama polis itu berulang kembali kerana Umno kini berada dalam keadaan tertekan dan 'defensif'

"polis mengulangi tabiat apabila Umno berada di posisi defensif, manakala Pakatan Rakyat (dalam keadaan menyerang) di posisi ofensif. "Beberapa siri ceramah di Pokok Sena Kedah dan terakhir di Taman Melawati Gombak pada 25 Mac 2011 lalu (gambar kiri), berakhir dengan kekecohan,"katanya dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini 29 Mac.

Menurutnya semua pihak tahu dan maklum sekiranya sebarang himpunan ceramah yang diadakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat akan berlangsung dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingin.

Sebaliknya, kata beliau, sesuatu majlis PAS da Pakatan Rakyat pasti akan berakhir dengan kekecohan sekiranya diganggu oleh pihak polis .

Dalam masa yang sama, katanya, polis 'buat-buat' tidak tahu dan mengambil pengajaran diatas keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes ceramah, himpunan PAS yang memihak tidak memihak kepada mereka.

"Pihak polis buat-buat tidak faham mengenai keputusan mahkamah yang memutuskan polis kalah dalam perbicaraan di Jelebu dan Rompin Pahang. Malahan yang paling malang kadang-kadang OCPD tidak faham Akta Polis, akhirnya telah diperbodohkan oleh peguam bela di dalam mahkamah,"jelasnya.

Berdasarkan pengalaman, Ustaz Idris berkata, pihak polis yang lebih dulu bertindak, mencetuskan provokasi dan kontroversi.

"Polis bertindak dulu, walaupun ia bertentangan dengan undang-undang. Kadang-kadang dengan angkuh ketika masuk ke tempat ceramah seolah-olah satu provokasi kepada orang ramai,"katanya.

Menurut Ustaz Idris lagi, pihak polis sebenarnya mahu memastikan supaya tidak ada ceramah berlangsung, dan dengan itu, maklumat tidak sampai kepada rakyat.
ak diganggu polis)

Justeru PAS ingin memberi ingatan kepada polis supaya bertindak dengan cara profesional dan menggesa supaya mana-mana polis jangan bertindak 'mencemarkan' institusi kepolisan.

"Jangan cemar institusi ini (polis), jangan salahkan rakyat jika rakyat sudah tidak hormat (kepada) institusi polis, tetapi salahkan diri sendiri. Rakyat pula tertanya-tanya kenapa polis sibuk ganggu ceramah Pakatan Rakyat, sebaliknya tidak pula serbu Hotel Carcosa yang menayang video lucah pada 21 Mac 2011, Mungkin kerana ia melibatkan mereka yang kebal dan bebal,"tegas Ustaz Idris.

Beliau menambah, PAS mahu bertanya polis, dimanakan Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan?

"Kedua-dua seksyen itu berkaitan larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam,"katanya

No comments:

Post a Comment