Mar 30, 2011
Ayuh Bangun Dan Tentang....!!
LEBIH 100 AKTIVIS ANJUR DEMO ANTI-SISA RADIOAKTIF - MK
Kira-kira 100 orang berkumpul di hadapan simpang masuk ke bangunan parlimen bagi membantah pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) yang paling besar di dunia di Gebeng, Kuantan.
Mereka terdiri daripada aktivitis termasuk dari NGO, Save Malaysia.
Mereka bimbang kemungkinan penyebaran sisa radioaktif yang bakal dihasilkan selepas projek bernilai RM700 juta itu beroperasi.
Sebanyak empat buah bas membawa kumpulan yang membantah pusat penapisan yang sedang dibina oleh syarikat Australia, Lynas Corp itu.
Penunjuk perasaan ini tiba di persimpangan parlimen sekitar jam 9.20 pagi. Mereka kemudian mengadakan perbincangan dengan seorang pegawai polis.
Nota:
Anak muda wajib bangun melawan...
Kerana akhirnya dunia ini adalah milik anak muda
Akhirnya tosik dan racun radioaktif akan disedut oleh anak muda
Samada yang telah lahir dan yang belum lahir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment