Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 5, 2011

Rakyat Kerdau Pasif : UMNO/BN Kelam Kabut...!!


TEMERLOH - Tindakbalas pasif rakyat Kerdau terhadap semua 'umpan' yang diberikan Umno-BN dalam kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Kerdau disini menjadikan jentera Umno-BN kelam kabut.

Di Jengka 23, Jumaat 4 Mac, Pengurus Besar Wilayah Jengka terpaksa 'masuk campur' dalam politik apabila janji Timbalan Menteri di Jabatan Petrdana Menteri Ahmad Maslan tidak boleh ditepati.

Ahmad Maslan sehari sebelumnya membuat kenyataan lebih 260 peneroka yang mengusahakan ladang bersama Felda akan menerima bayaran CESS secara tunai, Isnin 7 Mac.

Pengurus Wilayah itu, Encik Sa'ari Din terpaksa turun padang dan meminta maaf kepada peneroka ketika berucap sebelum solat Jumaat di masjid Jengka 23 kerana tindakan Ahmad Maslan yang mengumumkan bayaran tunai tidak dapat dijelaskan segera.

Para peneroka merasakan mereka sekali lagi tertipu setelah Perdana Menteri mengumumkan bayaran CESS akan diberikan kepada peneroka seolah-olah 'dengan serta merta' namun ianya adalah hanya satu lagi 'janji-janji Umno-BN' menjelang pilihanraya.

Di Kampung Paya Sendayan, projek 'mee segera' pembesaran jalan menghala ke perkampungan orang asal itu turut 'dijueh' oleh penduduk tempatan.

Sumber Buletinonline memberitahu, anak lelaki Tok Batin kampung itu bersetuju dengan pendapat bahawa jalan tersebut tidak akan siap menjelang hari mengundi pada 6 Mac.

Pembinaan jalan sepanjang 8.5 kilometer itu hanyalah satu lagi kempen Umno-Bn yang cuba memancing undi rakyat.

Dilaporkan sebahagian penduduk kampung Paya Sendayan sudah bosan kerana tidak boleh ke mana-mana sejak hari penamaan calon dan terpaksa hadir dan mendengar program serta ceramah Umno-BN sahaja.

"Beberapa orang asal telah pun meninggalkan kampung tersebut kerana bosan,"kata sumber.

Di Kampung Kerai, seorang penduduk terkejut kerana apabila keluar, beliau mendapati sebuah kotak diletakkan di hadapan rumahnya.

Kotak 'Shahrizat Jalil' dalam program Akhiri Zaman Miskin (AZAM) telah dihantar secara senyap-senyap oleh orang yang tidak diketahui dalam keadaan telah 'dibuka oleh seseorang'..

Seorang warga emas penduduk tempatan Kampung Kerai berkata, bagaimana mungkin hadiah sekotak barang makanan yang diberikan kepada orang kampung dapat mengakhiri kemiskinan.

Mansor Sidik, 50, dilaporkan berkata, bagaimana sebuah kotak yang berisi makanan boleh menjadikan seseorang itu kaya, atau pun terlepas dari kemiskinan.

No comments:

Post a Comment