Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Mar 10, 2011

Rakyat Mesir Dah Sedar...Rakyat Malaysia Bila Lagi....??


NAJIB DAN MUBARAK : PERSAMAAN YANG KETARA

Terdapat persamaan yang luar biasa antara pemerintahan autoritarian selama 30 tahun di Mesir oleh Hosni Mubarak dan pemerintahan menindas selama 53 tahun oleh Najib dan Barisan Nasional ke atas Malaysia. Perdana Menteri Najib menggunakan cara-cara yang sama dengan Mubarak dalam usahanya untuk mengekalkan kuasa BN keatas negara kita. Antara persamaannya adalah: pergantungan kerajaan atas suatu system polis yang agam untuk menumpaskan pihak Pembangkang; kawalan ketat ke atas media cetak dan television; tahanan tanpa bicara yang bermotifkan politik; keadaan darurat berdekad yang tidak dibatalkan; sistem kehakiman yang berat sebelah dan berpihak kepada kerajaan; pilihanraya yang tidak bebas ataupun adil.

Seperti Mubarak dan Parti Demokratik National (NDP),Najib dan Barisan Nasional (BN) telah secara konsisten menggunakan apa-apa cara, walaupun jahat, untuk terus kekal berkuasa.

Tetapi yang amat ketara, kedua-dua Mesir dibawah perintah Mubarak dan Malaysia dibawah Najib, dari masa ke semasa mengheret pesaing politik ke Mahkamah untuk menghadapi tuduhan jenayah yang direka-reka. Objektifnya adalah untuk menghancurkan pesaing politik secara politik dan peribadi, dan oleh demikian menghapuskan ancaman kepada pemerintahan mereka.

Rejim-rejim yang tidak bertoleransi dengan pasti akan menggunakan kaedah seperti ini kerana mereka tidak mempunyai pertimbangan keadilan dan tidak memedulikan kedaulatan undang-undang.

Dalam penganiayaan kehakiman yang sekarang berlangsung keatas Ketua Pembangkang nasional Anwar Ibrahim, Najib dengan ketara mencerminkan Mesir semasa di bawah Mubarak. Serangan mempergunakan sistem kehakiman ke atas Anwar yang ingin membawa perubahan dimulakan oleh pemerintah kuku besi Dr.Mahathir dalam tahun 1998. Dr.Mahathir telah baru-baru ini menerbit sejilid memoirnya yang menipu dan tidak wajar bagi seorang bekas perdana menteri. Lebih satu dekad kemudian, Kerajaan Najib menggunakan taktik yang sama sahaja.

Mubarak dengan terkenalnya menggunakan mahkamah Mesir untuk memenjarakan Ayman Nour, pemimpin Parti El Ghad (Parti Esok). Ayman Nour adalah seorang pemimpin pembangkang yang utama dan merupakan pesaing Mubarak dalam pilihanraya Presiden tahun 2005. Berikutan suatu perbicaraan yang rata-rata dikecam dan farsa, Ayman Nour dipenjarakan selama 5 tahun dengan kerja berat. Persamaan dengan pendakwaan Anwar yang sekarang berlangsung adalah amat ketara.

Rakyat Malaysia, bersama dengan dunia, berasa girang melihat melihat pemergian penzalim Mubarak dan kemenangan rakyat Mesir. Sekarang, kita mengalukan hari yang cemerlang apabila rakyat Malaysia mengakhiri pemerintahan membazir, lembap dan menindas Barisan Nasional dan pemimpinnya Najib Tun Razak. Pemerintahan Barisan Nasional yang mencerminkan pemerintahan Mubarak ke atas Mesir, mesti berakhir. Untuk kebaikan negara, Barisan Nasional perlu disingkirkan.

NOTA:

mubarak ada first lady
najib ada fat lady
kah kah kah

No comments:

Post a Comment