
MUHYIDDIN TERTEKAN RAKYAT SARAWAK TERIMA PAKATAN – HD
Tohmahan Muhyiddin Yassin bahawa kehadiran Pakatan Rakyat (PR) di Sarawak hanyalah sebagai pengacau (hantu jembalang) adalah tidak adil dan amat mengelirukan.
Kenyataan itu mempamerkan sikap pemimpin-pemimpin tertinggi Umno BN yang tidak demokratik dan bertentangan dengan semangat Perlembagaan Malaysia.
“Ianya juga seolah-olah ingin memperbodohkan rakyat agar terus menyokong BN,” kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Sesungguhnya, kata beliau dari tindakan Muhyiddin itu terselit rasa takut pemimpin-pemimpin tertinggi BN akan ditolak oleh rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini.
“Mungkin juga beliau mula rasa tertekan melihatkan sambutan hangat rakyat terhadap PR di Sarawak,” ujarnya
No comments:
Post a Comment