Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 27, 2011

Hari-Hari Akhir Ketuanan Melayu....!!


UMNO YAKIN MASYARAKT CINA AKAN KEMBALI SOKONG BN - UM

BUKIT MERTAJAM 25 April – UMNO yakin masyarakat Cina di seluruh negara terutama di Pulau Pinang akan kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dan terus mengukuhkan kedudukan parti itu sebagai parti pemerintah di Malaysia.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, walaupun sokongan daripada masyarakat Cina ketika ini dilihat merosot, beliau yakin perkara itu tidak akan berpanjangan.
“Saya percaya orang Cina adalah kumpulan masyarakat yang menghargai apa yang telah dibuat oleh kerajaan dan mereka juga antara yang menerima kemudahan kelas pertama kerana tinggal di bandar.

“Justeru saya yakin dan positif terhadap orang Cina serta percaya mereka akan kembali menyokong BN kerana pandangan serta pemikiran mereka akan berubah,” katanya.

Nota ;

GERAKAN TAK YAKIN BN BOLEH DAPAT UNDI CINA SEMULA- mkini

Meskipun Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan begitu yakin bahawa masyarakat Cina akan beralih menyokong BN pada pilihan raya umum akan datang, namun Gerakan Pulau Pinang tidak bersependapat.

Sebaliknya Ahmad diberitahu jalan tunggal mendapatkan sokongan bukan Melayu, tidak kira daripada masyarakat Cina atau kumpulan minoriti yang lain adalah dengan melayan mereka dengan cara hormat.

Menurut ketua biro undang-undang dan hak asasi manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh, masyarakat Cina tidak akan kembali ke BN hanya kerana kerajaan membekalkan mereka dengan 'kemudahan kelas pertama'.

"Henti labelkan kami sebagai pendatang, kaki botol, mata sepet, pelacur, tidak tahu berterima kasih dan pelbagai label yang lain.,” katanya,

"Apa yang kami perlukan adalah pemimpin yang rendah diri dan bukannya pemimpin bongkak.

No comments:

Post a Comment