Apr 14, 2011
Kenyataan Media...!!
Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang
disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di
dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah
tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.
Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan
Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan
kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun
menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan
wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes
ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah
mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
telah dimaklumkan oleh "sumber yang boleh dipercayai" berkenaan
perkara ini.
Apa yang lebih mustahak adalah tiada penjelasan yang memuaskan dari
Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib atau pihak Kerajaan berkaitan
dakwaan oleh akhbar Liberation yang berpengkalan di Perancis tentang
kaitan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu dan penjualan
tiga buah kapal selam oleh syarikat Amaris dari Perancis kepada
kerajaan Malaysia. Pada ketika itu, Najib merupakan Menteri Pertahanan
dan bertanggungjawab ke atas pembelian tersebut. Persoalan ini adalah
sangat mustahak dalam konteks kepentingan awam.
Juga tiada sebarang penjelasan yang jelas tentang mengapa syarikat
Perimekar dari Malaysia menerima bayaran €114 juta dari urusan
pembelian kapal selam. Urusan pembelian tersebut kini di dalam
siasatan di Perancis kerana dipercayai melibatkan unsur rasuah. Adalah
mengecewakan manakala pihak Perancis giat meneruskan siasatan ke atas
perkara ini, namun di Malaysia ianya kelihatan 'disapu ke bawah
permaidani'. Dakwaan dan isu yang menyelubunginya adalah sangat serius
dan sewajarnya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk melakukan
siasatan.
N. SURENDRAN
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment