Apr 2, 2011
Payah Lah Cukong Nak Cari Makan....!!
DUN LULUSKAN AKTA KEBEBASAN MAKLUMAT SELANGOR – HD
Akta Kebebasan Maklumat sudah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini selepas ia dibaca buat kali ketiganya dan diluluskan.
Akta yang dibacakan untuk kali kedua dalam Dun Selangor pada 14 Julai 2010 lalu oleh Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong, bertujuan untuk memberikan hak kepada rakyat Selangor mendapatkan maklumat tanpa sebarang sekatan.
Rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali ketiga hari ini oleh exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar Selangor itu.
Cadangan rang undang-undang itu disokong oleh ADUN Sri Andalas Xavier Jeyakumar dan diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan tanpa sebarang pindaan.
Dalam ucapannya, Elizabeth antara lainnya berkata enakmen baru itu merupakan hasil keberanian rakyat dan keyakinan mereka dalam memilih Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 2008.
Katanya lagi, rang undang-undang kepada enakmen itu telah melalui pemerhatian satu jawatankuasa pilihan DUN Selangor dan tidak akan melampaui kuasa perlembagaan.
Undang-undang kebebasan maklumat menetapkan peraturan dalam pemerolehan maklumat yang dipegang oleh badan-badan kerajaan.
Undang-undang ini menjelaskan proses perundangan yang mewajibkan maklumat kerajaan dibuka kepada orang awam yang bertujuan untuk menggalakkan ketelusan dan menangani rasuah.
NOTA:
inilah yang dimahukan oleh orang ramai
inilah contoh kerajaan yang telus
inilah contih kerajaan yang terbuka
ini bererti jika toyo nak remabt tanah 200 hektar
dan nak bagi pada dribernya tak mugkin berlaku lagi
ini bererti jika mat tyson nak ambil duit dari towkay
china yang nak ubah tanah hutan jadi tanah perumahan tak akan berlaku lagi
ini bermakna...
penyapu yang dirembat oleh toyo
itu akan di ketahui berapa harganya
dan dibeli dimana....
kah kah kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment