Apr 29, 2011
Sumpah Boleh Wakil-Wakil Ke...??
RAHIM WAKILKAN ESKAY SUMPAH LAKNAT BAGI SEMUA - MK
Ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.
Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.
"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.
Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.
"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.
Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:
"Eskay (bersumpah) wakili semualah."
Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.
Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.
Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.
Nota:
Buat pahala pun boleh wakil wakil
kah kah kah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment