Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


Apr 12, 2011

Undi PR Adalah Cara Nak Ajar BN....!!

Rakyat Sarawak bernasib baik kerana masih ada pembangkang yang kuat di Sarawak sehingga BN tidak boleh tidur lena. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya Sarawak, BN mendapat tentangan hebat sejak pada hari penamaan calon 6 April 2011 hingga kini. Menjadi kelaziman pada hari penamaan calon BN akan memperolehi menang tanpa bertanding, tetapi pilihanraya kali ini tidak berlaku seperti yang dijangkakan.

Pemimpin BN daripada atas sampai ke peringkat bawah menabur berbagai janji untuk pengundi di Sarawak. Modal pembangunan adalah skima lama BN di mana tempat yang ketinggalan daripada arus pembangunan. Memang kemiskinan suatu yang dirancang supaya modal pembangunan sentiasa relevan untuk BN kepada pengundi. Sebab itu peruntukan tidak sampai ke sasaran supaya ini adalah modal kempen sepanjang hayat untuk rakyat yang miskin.

Pas merasa hairan kenapa Sarawak masih miskin dan ketinggalan dari sudut kemudahan jalan raya, air dan letrik. Pada hal dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) diperuntukkan RM13 bilion untuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW) untuk tempoh lima tahun, daripada jumlah berkenaan sebanyak RM1.7 bilion adalah untuk pembinaan jalan luar bandar, RM1.7 bilion untuk bekalan elektrik, selain RM900 juta untuk bekalan air dan RM100 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR)

Dalam pembentangan RMK-10 , Datuk Seri Najib mengumumkan pembinaan 2,800 kilometer jalan berturap, liputan 95 peratus bekalan air dan memperluaskan kemudahan elektrik di kawasan luar bandar ke 76,000 buah rumah di Sarawak.

Jika melihat kepada peruntukan yang diberikan kepada negeri Sarawak kita tidak akan bertemu di sana jalan raya, rumah, air yang begitu dhaif. Persoalannya kenapa jadi begini? Kemana hasil bumi Sarawak? Sedangkan pemimpin BN Sarawak hidup mewah sedangkan rakyat merempat dan melarat. InsyaAllah rakyat Sarawak akan ajar pemimpin yang angkuh pada 16 April 2011, bahasa undi sahaja pemimpin BN boleh faham untuk mereka insaf tentang tanggungjawab mereka kepada rakyat. Contohnya pemimpin Umno yang kalah kepada Pakatan Rakyat baru mereka sedar untuk turun melihat kesempitan rakyat. Sewaktu ada kuasa mereka tidak pernah memikir keperluan rakyat.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

No comments:

Post a Comment