Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 5, 2011

Anak Muda Bangun Melawan...!!


JELAJAH MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT DITERUSKAN – HD

Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) akan mengadakan Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke seluruh negeri di Malaysia untuk turun kepada masyarakat.

Ia sebagai rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban pada 10 April lalu.

Dengan membawa mesej mahasiswa akan terus bersama dan merungkai segala permasalahan rakyat serta akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat, mereka mensasarkan tiga negeri sebagai permulaan iaitu Pahang, Perak dan Sabah.

GMSR akan turun ke Pahang 10 Jun depan bagi meneliti dan turut membantu penduduk Gebeng, Kuantan yang sedang diancam bahaya akibat rancangan projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation.

Dari Pahang, GMSR yang terdiri daripada 20 ajk pelaksana akan ke Perak yang diketahui umum sedang berhadapan pencabulan demokrasi.

GMSR akan turun dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi di negeri yang dimenangi Paktan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu, kemudiannya dirampas oleh BN.

Seterusnya GMSR akan terbang ke Sabah bagi menemui masyarakat yang kini berhadapan dengan measalah pemilikan tanah akinat penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan negeri.
Bagaimanapun, bagi siri jelajah ke Sabah, tidak akan disertai oleh semua ahli jawatankuasa GMSR dari Semenanjung kerana akan dibantu oleh Gamis Borneo, sebuah gerakan mahasiswa di sana.

KENYATAAN MEDIA: GERAKAN MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT (GMSR)

Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) berpendirian bahawa situasi perkembangan politik serta permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini berada di dalam keadaan yang semakin bercelaru. Masyarakat terus didedahkan dengan panorama-panorama politik kotor yang dimainkan oleh beberapa politikus yang tidak berintegriti sehingga menyaksikan situasi politik semasa yang semakin berkecamuk dan hilang nilai peradabannya.

Dalam pada masa yang sama juga, rakyat terus diancam keselamatan mereka dengan projek loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan yang semakin diragui tahap keselamatannya dan dibimbangi akan mendatangkan kesan yang amat buruk terhadap tahap kesihatan penduduk setempat, permasalahan pemilikan tanah rakyat tempatan yang terus dipinggirkan oleh pihak berwajib di kawasan Sabah & Sarawak serta beberapa isu pencabulan demokrasi yang terus menghakis norma-norma keadilan dan integriti sesebuah negara.

Justeru, rentetan daripada Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari KL Sentral ke Seremban yang dianjurkan oleh Gerakan Mahasiswa Selamatkan Rakyat (GMSR) pada 10 April 2011 yang lalu, siri jelajah akan diteruskan oleh GMS dengan terus menggunakan terma Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari Negeri ke Negeri dan akan meletakan beberapa negeri di seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak sebagai sasaran untuk mahasiswa terus turun kepada masyarakat dengan membawa mesej bahawa mahasiswa akan terus bersama rakyat, merungkai segala permasalahan rakyat & akan turut bersama menyelesaikan permasalahan yang melanda masyarakat di negara ini.

Siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat dari Negeri ke Negeri yang dikelolakan oleh GMSR pada kali ini akan memberi tumpuan kepada bebarapa negeri yang dilihat mempunyai beberapa permasalahan serius yang dihadapi oleh rakyat. Antaranya ialah, GMSR akan mengadakan siri jelajah ke negeri Pahang iaitu di Gebeng, Kuantan pada 10 Jun 2011 akan datang untuk bersama-sama dengan masyarakat di sana bagi meneliti dan turut membantu menyelesaikan kemelut projek loji nadir bumi yang dikelolakan oleh Lynas Corporation yang diragui tahap keselamatannya & dibimbangi akan mendatangkan kesan yang buruk kepada masyarakat setempat.

Selain itu, GMSR juga akan turut mengadakan siri Jelajah Mahasiswa Selamatkan Rakyat ke negeri Sabah yang kini masyarakat di sana sedang menghadapi permasalahan pemilikan tanah yang serius. Masyarakat setempat dilaporkan telah kehilangan hak untuk memiliki tanah yang pada asalnya adalah milik mereka namun di atas factor penyalahgunaan & kerakusan kuasa yang berlaku di kalangan pihak yang tidak bertanggungjawab, akhirnya masyarakat setempat telah dicabul hak mereka & tanah mereka telah dirampas.

GMSR juga akan turut mengadakan siri jelajah ke negeri Perak yang seperti diketahui umum bahawa negeri Perak telah berhadapan dengan pelbagai kemelut politik yang tidak sihat & pencabulan demokrasi yang amat membimbangkan. Mahasiswa akan turun kepada rakyat dengan membawa manifestasi pendedahan demi pendedahan terhadap pencabulan demokrasi yang berlaku di negeri tersebut. GMSR berpendirian bahawa situasi yang berlaku di negeri Perak tersebut merupakan suatu peristiwa pencabulan demokrasi yang amat menjijik di dalam lipatan sejarah ketamadunan dunia. GMSR juga menegaskan bahawa mahasiswa akan terus menolak secara mutlak sebarang elemen-elemen penindasan hak & pencabulan demokrasi walau di mana sahaja ia berlaku.

Seterusnya, GMSR juga akan menjalankan siri jelajah ke beberapa lagi negeri di seluruh negara untuk bersama dengan masyarakat dan akan mengadakan beberapa aktiviti yang mampu membawa rakyat negara ini ke arah pembangunan sosio-budaya yang mapan serta pendidikan politik yang menjurus kepada perubahan yang lebih holistik disamping membawa beberapa matlamat untuk terus bersama masyarakat demi pembangunan negara yang lebih berintegriti.

Sekian,

GERAKAN MAHASISWA SELAMATKAN RAKYAT (GMSR)

No comments:

Post a Comment