Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 4, 2011

Berita Pelik Berita Hairan....!!


BENG HOCK DUDUK DI BINGKAI TINGKAP SEBELUM JATUH’- BH

KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memberitahu Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock, semalam, berdasarkan kedudukan mayat ditemui, beliau berpendapat Setiausaha Politik Exco Selangor itu duduk di bingkai tingkap seketika sebelum jatuh dari Tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam pada 16 Julai 2009.

Ketua Makmal Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Terkini RAZAK, Profesor Madya Sallehuddin Muhamad, 45, berkata rumusan itu dibuatnya berdasarkan simulasi bagaimana Beng Hock jatuh berdasarkan berat badannya dengan menggunakan perisian, serta turut mengambil kira rintangan angin dan udara.

‘TAK MUNGKIN TEOH MENCANGKUNG DAN MELOMPAT’- MK

Adalah tidak mungkin bagi Teoh Beng Hock mencangkung di belebas tingkap dan melompat keluar, kata laporan seorang pakar pada keterangannya kepada Suruhajaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh.

Dalam laporannya, Profesor Sallehuddin Muhamad, dari Bahagian Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berkata kesimpulan itu adalah berdasarkan beberapa rumusannya yang melakonkan semula cara-cara kemungkinan Teoh jatuh.

Nota:

sila lihat dan baca dua berita ini
dua laporan berita dari dua laman yan berbeza
kedua dua berita ini melaporkan pekara yang sama

kedua dua berita ini memetik ‘cakap’ professor sallehuddin muhamad

siapa yang salah dengar
wartawan mana yang salah lapor
kerana dua laporan ini bercanggah
satu terjun dari tingkap
dan satu tidak mungkin

siapa mahu tipu siapa?

hanya satu soalan:
kenapa seluar beng hock koyak
macam mana seluar ini boleh koyak kalau dia terjun?

koyak berlaku apabila beng hock ditarik
dan punngung nya tergahar pada lantai
yang mengakibatkan seluar koyak

No comments:

Post a Comment