PEMBANGKANG DIBIDAS EKSPLOITASI ISI KENAIKKAN HARGA MINYAK – UM
Muhyiddin Yassin hari ini membidas pembangkang yang hanya tahu mengeksploitasi soal kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sedangkan mereka sendiri tidak tahu mekanisme terbaik untuk mengatasi masalah itu.
Kerajaan sentiasa mengambil kira pelbagai faktor sebelum mengambil keputusan untuk menaikkan harga sesuatu barangan mahupun minyak bagi memastikan apa jua langkah yang diambil tidak membebankan rakyat, katanya.
"Dari masa ke semasa apabila ada perkara perubahan dari segi kos, kita (kerajaan) kena buat penyesuaian, tetapi kita tak buat keputusan secara tergesa-gesa.
"Bukan hari ini cakap esok kita buat, kita kaji dengan teliti kesannya walaupun sebesar mana kenaikan yang berlaku di pasaran. Kalau naik harga barang ini, apa kesannya kepada rakyat, itu antara perkara yang kita ambil kira,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kemaman di sini hari ini.
Nota:
kalau tak ada apa apa nak cakap
lebih baik jangan cakap
kalau tak tahu apa nak putar
lebih baik jangan putar
kalau dah tahu bodoh
sila jangan beritahu orang ramai
kah kah kah
May 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment