May 18, 2011
Cuba Teka...Siapa Jantan Itu..??
SIAPA ORANG KETIGA BERSAMA RAZAK BAGINDA DAN ALTANTUYA KE MALTA? – keadilan daily
Pemilik KS Ombak Laut Sdn Bhd, Abdul Razak Baginda dan warganegara Mongolia yang dibunuh dengan kejam Altantuya Shariibu pernah dikatakan bersama seorang lagi individu menaiki penerbangan ke Malta bagi urusan pembelian komisyen kapal selam Scorpene.
Perkara itu didedahkan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang memetik kenyataan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael.
Dalam laporan itu, Cynthia berkata, dua tiket penerbangan itu disahkan atas nama Abdul Razak dan Altantuya.
“Siasatan mendapati Gifen- sebuah subsyarikat kepada DCNS berpengkalan di Malta, berperanan sebagai pembuat bayaran. Mereka jumpa bayaran e-tiket melibatkan Razak baginda, Altantuya dan seorang lagi,” kata Cynthia.
Maklumat lanjut mengenainya disiar menerusi Suara Keadilan, edisi ke 16 yang boleh diperoleh di pasaran mulai hari ini.
Nota:
adakah jantan ini Mat ezam?
tak mungkin kerana tak ada kotak?
adakah jantan ini zul nordin?
tak mungkin kerana ketika itu bisul belum melatus
Kah..Kah...Kah...!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment