Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 19, 2011

Negaraku Malaysia...!!


KHALWAT : DR ASRI SYOR PROSEDUR OPERASI DIKAJI ELAK KEMATIAN - MI

Kesal dengan tindakan penguatkuasa agama yang berakhir dengan kematian ketika operasi pencegahan maksiat semalam, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menggesa agar garis panduan “tangkap khalwat” diperketatkan.

Ini kerana jelas beliau, operasi “tangkap khalwat” yang dilaksanakan penguatkuasa sekarang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam sehingga boleh menyebabkan kematian.

Dalam kejadian semalam, seorang bekas pegawai polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel, dipercayai ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat.

“Memandang Islam cuba sedaya upaya menutup maksiat peribadi seperti khalwat, zina, minum arak dan seumpamanya, maka garis panduan operasi tangkap khalwat mestilah diperketatkan.

“Ini kerana operasi tangkap khalwat selalu menimbulkan pertentangan dengan prinsip-prinsip Islam dalam hal ini, ramai orang menyangka tanpa operasi tangkap khalwat, maka bertambah perzinaan dalam masyarakat sedang mereka lupa zina itu berkembang disebabkan maksiat terbuka seperti media, hiburan, pentas seni dan seumpamanya yang secara terang mempromosikan maksiat,” kata Asri.

Justeru beliau mencadangkan agar beberapa perkara perlu dikaji dan dititikberatkan dalam melakukan operasi “tangkap khalwat.”

Selain itu, Asri juga berkata setiap garis panduan yang ditetapkan harus dipatuhi dan difahami oleh penguatkuasa agama.

“Yang pertama operasi ini hendaklah tidak menjadi punca kemungkaran tajassus (intipan khalwat) berkembang dalam masyarakat Islam, maka pemberi maklumat hendaklah dipastikan ia tidak diperoleh berdasarkan perbuatan tajassusnya.

“Sebaliknya, berasaskan zahirnya kemungkaran tersebut, seperti nampak dari luar rumah atau bunyi yang meyakinkan maksiat sedangkan berlaku. Pemberi maklumat memperoleh secara jelas, bukan tajassus atau intipan,” katanya.

Tegas beliau, operasi “tangkap khalwat” hanya boleh dilakukan sekiranya maklumat yang diterima sahih dan jelas.

Nota :

Untuk berendut pada tahun baru ini
awang dan dara perlu diberi ingatan
sila simpan duit dari hari ini

dengan duit yang banyak
boleh check ini di hotel hilton
mandrin international, meridian atau di le exhlil
jamin tak ada gangguan

terbaik check ini di carcosa
untuk membantu menaikkan shahwat awang dan dara
filem porno akan ditayang kan
kah kah kah

No comments:

Post a Comment