Selamat Datang Ke    Blog Sepang Kederang   Tetap Melawan Walau Tertawan...!!!  Fixed Versus Although captive..!!  虽然俘虏固定对战...!!!  बंदी हालांकि फिक्स्ड बनाम...!!!   ثابت مقابل على الرغم من أن الأسير


May 16, 2011

Perang Jihad Dah Bermula....!!


GERAKAN DESAK AMARAN PERANG JIHAD PRESIDEN PERKASA DISIASAT - MI

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon menggesa polis menyiasat kenyataan Ibrahim Ali yang mahu melancarkan perang jihad terhadap komuniti Kristian ekoran kontroversi terbaru, termasuk laporan Utusan Malaysia kononnya wujud konspirasi mahu mengubah status Islam sebagai agama persekutuan.

“Kenyataan biadap dan tidak wajar Ibrahim Ali dengan nada ekstremis, mencabar komuniti (Kristian) untuk berjihad bertentangan dengan semangat satu Malaysia dan pendirian kesederhanaan (yang dibawa oleh) Najib dan Barisan Nasional,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan lewat petang ini.

Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau meluat sikap mendabik dada Presiden Perkasa itu yang mahu menjadi hero khususnya selepas Najib Razak mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Muslim dan Kristian secara berasingan minggu lalu menggesa agar semua pihak bertenang, memahami dan menghormati satu sama lain.
-----------------------------------------------------
woit… TAK ADA SESIAPA AKAN DENGAR …

woit…TAK ADA SESIAPA AKAN SIASAT….

woit… TUNNGU APA LAGI… KELUARLAH DARI BARISAN NATIONAL….

kah kah kah…AIMAN TAK KISAH...KESIAN...TAK ADA SESIAPA AMBIL POT….

No comments:

Post a Comment