May 7, 2011
Semua Nak Rampas....!!
RAMPAS SELANGOR UNTUK BAHAM KHAZANAH NEGERI – MK
Pakatan Rakyat bertekad mempertahankan Selangor dan negeri-negeri yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008 lalu dan akan berusaha juga untuk memerintah peringkat kerajaan pusat.
Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad (dua dari kanan) berkata, kenyataan Najib Razak yang hendak merampas balik Selangor dengan alasan untuk membela kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat adalah suatu perkara yang amat melucukan bagi mereka yang waras.
“PAS hendak bertanya kepada Najib yang juga pengerusi Perhubungan Umno Selangor, apakah amalan zalim apabila rakyat diberi air percuma?
“Apakah amalan zalim (jika) warga emas yang meninggal diberi wang kifalah RM2,500?” soalnya dalam satu kenyataan akhbar.
Najib ketika berucap pada majlis 'Malam Pemimpin Bersama Rakyat-Rakyat Didahulukan' di Shah Alam, malam Khamis lalu menggesa anggota Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu.
Nota :
Anwar nasihat Najib: Jangan bongkak, anda akan jadi ketua pembangkang
Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.
“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas... Perak rampas... Selangor nak rampas... mana boleh macam ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment